Monday, March 31, 2008

Aku Sayang Kamu


Sekarang, kami sudah boleh menarik nafas lega.
Sekalung tahniah pada semua ahli jawatankuasa MPG '08 dan juga pada semua pelajar Semester 6.
Juga, tahniah pada semua adhoc-adhoc yang telah bertungkus lumus pada malam tersebut.

Tanpa anda-anda semua, majlis kami itu takkan berjalan dengan lancar seperti diharapkan.
Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Terima kasih lagi atas segala nasihat, sokongan, semangat dan tunjuk ajar yang telah diberikan pada kami.

Minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andaikata ada kecacatan atau kesulitan yang anda telah hadapi sewaktu majlis itu sedang berlangsung.
Percayalah, kami telah mencuba sehabis baik untuk menjayakannya.
* Sesiapa yang menghadapi kesulitan masa malam MPG tu, bagitau la ye, nnt i boleh belanja u makan! haha

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati pada malam tu.
Aku bergaya sakan.
Tak peduli apa orang nak cakap.
Aku bergembira sepuas-puasnya!
Aku ambil gambar dengan semua orang rasanya. [If ada yang tak merasa mengambil gambar dengan aku, bagitau aku. Nanti kita ambik gambar sesama k? hehe]
Aku jerit bagi sokongan pada semua kawan-kawan aku yang buat persembahan.
Aku seronok sungguh.
Apa yang penting, malam tu tak berakhir di situ je.
Kenangan berkonvoi ramai-ramai akan aku jadikan sebagai kenangan sampai bila-bila.
Sayang korang sume!
*Walaupun ada segelintir yang mungkin aku tak pernah bertegur sapa, aku tak kira, aku sayang korang jugak!*

Friday, March 28, 2008

Kurang 24 jam.


Jam 4 pagi, 28 Mac 2008.

Mata aku tak boleh nak terpejam pun.
Fikiran aku asyik menerawang mengenai esok.
Hati aku asyik risau.

Aku perlu tido.
Aku perlu rehatkan badan dan fikiran ni.
Esok nak bertolak awal.
Aku perlukan tenaga secukupnya.

Aku mengharapkan yang baik-baik untuk esok.
Pada waktu begini, kami cuma perlu berusaha sehabis baik dan tawakal saja lah.

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami esok. Hindari lah segala kesulitan. Berikan kejayaan kepada kami.
AMIN.

Thursday, March 27, 2008

Terima Kasih, rakan.

Terima kasih pada semua yang mengambil berat.
Terima kasih pada semua yang sanggup mendengar segala celoteh-celoteh aku ini.
Terima kasih pada semua yang sentiasa membantu aku.
Terima kasih pada semua yang sentiasa bersabar dengan perangai aku.

Segala jasa dan budi anda semua yang berkaitan, akan sentiasa aku kenang.

Mulai hari ini, aku tidak mahu menjadi lemah yang mudah menyerah kalah pada takdir.
Aku akan terima segala ujian dan cabaran yang diberikan pada aku dengan hati yang tenang.
Aku tidak akan mudah melatah.

Kerana, aku percaya akan putaran hidup.
Sesiapa yang berada di atas sekarang, tidak akan sentiasa berada di atas.
Mereka akan merasai berada di bawah juga.

Anda-anda semua, jangan mudah bosan dengan aku.
Jika ada sekalipun hari-hari yang aku ni sungguh membosankan, percaya lah, ada sesuatu yang tidak kena pada diri aku ketika itu.
Jangan tinggalkan aku.
Kerana aku perlukan kamu.
Duduk lah di sebelah aku.
Tak sudi mendengar luahan hati aku pun, tak mengapa.
Pegang bahu aku sahaja pun sudah memadai.
Kerana ketika itu, aku tahu, kamu ada.
Hadir sebagai seorang rakan.

Tuesday, March 25, 2008

nor sarah fatihah abdullah punya blog.

Tak usah dipertikaikan tentang segala posting aku dalam ni.
Tak usah menghalang niat aku untuk menulis di dalam ini.
Tak usah memarahi aku kerana aku mempunyai hak untuk menulis mengenai apa sahaja yang aku rasa dalam blog aku ini.

Jika anda rasa darah sudah naik sampai ke muka kerana menahan marah,
fine, sila click butang 'X' di atas sana.
Aku tak menghalang.

Kerana aku tak pernah sekalipun merayu anda semua untuk melawat ke blog aku ini.
Blog ini dibuka untuk sesiapa sahaja untuk membaca.
Anda terbuka untuk memberi komen, jika mahu.
Tapi jangan sampai nak menyuruh aku supaya jangan tulis itu atau ini.

Baca dengan hati dan fikiran yang terbuka.
Aku tak pernah berniat untuk menembak sesiapa di sini.
Cuma, mahu meluahkan isi hati yang terpendam dan segala ketidakpuasan hati aku.
Salahkah?

Seperti yang aku katakan, jika tak boleh terima dengan pendapat aku atau anda merasakan kata-kata aku ini sangat tajam,
aku dahulukan dengan kata-kata maaf.
Dan anda boleh keluar sekarang.

Kerana alamat blog ini adalah:
http://sarahabdullah.blogspot.com

Blog ini kepunyaan aku.
Hanya aku.
Anda tidak mempunyai walau 10% hak sekalipun untuk menentukan tentang apa yang aku boleh tulis atau tidak.

Sunday, March 23, 2008

Teardrops on My Guitar


Drew looks at me, I fake a smile so he won't see
That I want and I'm needing everything that we should be
I'll bet she's beautiful, that girl he talks about
And she's got everything that I have to live without

Drew talks to me, I laugh cause it's so damn funny
That I can't even see anyone when he's with me
He says he's so in love, he's finally got it right,
I wonder if he knows he's all I think about at night

[Chorus:]

He's the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He's the song in the car I keep singing, don't know why I do

Drew walks by me, can he tell that I can't breathe?
And there he goes, so perfectly,
The kind of flawless I wish I could be
She'd better hold him tight, give him all her love
Look in those beautiful eyes and know she's lucky cause

[Repeat Chorus]

So I drive home alone, as I turn out the light
I'll put his picture down and maybe
Get some sleep tonight

He's the reason for the teardrops on my guitar
The only one who's got enough of me to break my heart
He's the song in the car I keep singing, don't know why I do
He's the time taken up, but there's never enough
And he's all that I need to fall into..

Drew looks at me, I fake a smile so he won't see.



Hmm..this song by Taylor Swift is a very good song. I dont know..maybe i love this song because of the lyrics. I love a song with a meaningful lyrics. Maybe not meaningful to others, but meaningful to ME. Yes. This song is meaningful to me. Whatever that they portray about a situation of a girl liking a boy, i've been there before.

Where i have to fake a smile and show a plastic face at him when he's talking about the girl he liked.
Where i have to show my interest towards the conversation when i'm not interested at all to know about her.

I've been there and i know what its like.
And its not the most pleasing feeling ever.

Its hard when you fall in love with someone that you know you can't have.
And its disappointing because you can't erase those feelings.



Countdown to MPG '08


Lagi 5 hari lagi akan berlangsung MPG '08.
Perasaan ketika ini?

Berdebar .
Nervous .
Takut .
Tak sabar !
Excited !

Aku sangat sangat berharap moga MPG kami akan berlangsung dengan lancar dan tanpa apa-apa kesulitan.
InsyaAllah.

Dan juga moga kami semua [Part 6 & tetamu yang hadir] akan bergembira dan berpuas hati dengan MPG kami.
InsyaAllah.

Haih. Yang sebenarnya, aku agak gementar nak buat persembahan kelas kami nanti. Gementar dan agak segan.hehe. Sebab di hadapan ramai orang, termasuk pensyarah-pensyarah, VIP, media2 lagi. Huuu..stage fright pulak jadinye! ;p

* Sarah, Sarah, bawak-bawaklah buang segala gementar dan segan ko tuh.. Sampai bila la nak jadi camni? Haih. Merosakkan diri sendiri je. Ingat, this is our final night. Have fun! Acara sekali seumur hidup ko neh!! Chaiyok!

InsyaAllah, segala-galanya akan berjalan dengan lancar, kan?

Anda anda semua, doakanlah ye!

Friday, March 21, 2008

Kami boleh bangkit !

Bukan lah niat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, tapi kalau asyik kepala kita saja yang kena pijak, mana nak tahan?
Mentang-mentang lah anda lebih berkuasa dari kami, anda fikir anda lebih berhak?

Dan anda ada hak untuk menentukan keputusan?

Tolong jadi adil.

Semua orang mempunyai perasaan.

Dan mempunyai tahap kesabaran yang tertentu.

Jangan ingat hanya kerana kami tidak banyak bersuara, jadi anda boleh buat macam-macam pada kami.

Ingat, kami dah banyak bersabar.

Jadi, jangan mempermainkan perasaan kami.

Kami takut anda akan menyesal kelak.

Wednesday, March 19, 2008

Wahai anak-anak, marilah kita bermuhasabah diri sebentar!

Wahai anak,
Andainya engkau menemui kesusahan untuk menjaga dan menanggung kedua ibu bapamu yang tua, engkau wajib melaksanakannya sekadar yang kamu terdaya. Ini kerana kewajipan itu adalah kewajipan yang paling asasi di dalam kehidupan kita sebagai anak.

Wahai anak,
Lihatlah bagaimana ibu bapa kasih dan sayang kepada anaknya yang masih kecil, juga yang telah dewasa. Bapa dan ibu sentiasa menjaga kesihatan, makan, minum, dan pakaian anaknya. Lihatlah bagaimana kedua ibu bapa mengorbankan diri mereka siang dan malam untuk menjaga anak-anaknya untuk menjadi orang yang baik, berjaya dan mulia di dalam kehidupan pada hari muka. Kalau tidak ada pengorbanan ibu bapa nescaya kau tidak akan merasai kesenangan hidup seperti engkau rasai sekarang.

Wahai anak,
Tahukah engkau bahawa kedua ibu bapa mahukan anak-anaknya menjadi orang yang lebih berjaya daripada dirinya serta mahu dikasihi oleh Allah dan manusia. Mereka mahu anak-anaknya menjadi pemimpin besar yang berkorban kerana agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, jagalah kedua hati ibu bapa dari menjadi marah dan terkilan kerana sikap anak-anak mereka. Ingatlah bahawa Allah berserta dengan kemarahan kedua ibu bapa. Sesiapa yang dimarahi oleh Allah dan kedua ibu bapanya akan rugilah ia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Wahai anak,
Taatlah kepada suruhan kedua ibu bapamu. Janganlah sekali-kali kamu menderhaka kepada mereka, melainkan apabila ia menyuruh kamu membuat maksiat dan kufur kepada Allah. Ketika itu tidak harus engkau taat kepadanya, kerana Allah tidak menyuruh taat kepada manusia dan derhaka kepada Allah. Allah SWT berfirman mengenai kesusahan ibu mengandung dan perintah terhadap anak supaya mentaati kedua ibu bapanya:

Ertinya:
"Kami wasiatkan/ingatkan kepada manusia supaya ia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkan ia dengan berbadan lemah, berlipat ganda melahirkannya, menyusukannya dan menceraikannya dari menyusu sesudah dua tahun. Sebab itu, hendaklah berterima kasih kepada Aku dan kepada kedua ibu bapa kamu dan kepada Aku kembali. Jika kedua ibu bapa memaksa kamu supaya mempersekutukan Aku dengan Tuhan yang lain, yang engkau tidak ketahui, Maka janganlah engkau turut perkataan keduanya dengan baik, dan turutlah jalan orang yang bertaubat kepada Aku, kemudian itu adalah tempat kembali kamu kepada Aku, lalu khabarkan kepada kamu dengannya apa yang kamu lakukan."
(Surah Luqman : Ayat 14 - 15)
********************************************************************************************
Kala Jengking Neraka

Di hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibrail bertanya: "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab: "Aku mahu mencari LIMA orang:
Pertama: Orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua: Orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga: Orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat: Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima: Orang yang suka minum arak."

Tuesday, March 18, 2008

to the person-i-know-who !!

Its hard to say goodbye, is it?
Or you just hate saying goodbye?

I'm not asking much.
Just a quick 'bye' is more than enough.

A quick 'bye' wont let my heart wonder.
Let my heart be at peace, ok?

Just, say 'bye'.

Sunday, March 16, 2008

-Warning!!!-

I just cant believe Hillary Swank just ruined my favorite story!!

Well, to all of you dear readers who adore P.S I LOVE YOU by Cecilia Ahern (like me), i'm warning you, DONT watch the movie.

Well, i did.

Although my sister already warn me about how frustrating that movie is,
I chose to what-the-hell just watch it already because i'm dying of curiosity!!

But i dont put such a high expectation towards it because i always prefer reading it than watching it.

So, people!!!
Watch it with very very Very LOW expectation.

You'll thank me later.

Saturday, March 15, 2008

Subjek-subjek dalam kenangan

Antara subjek yg aku rasa sgt menyeksakan dari segi grouping adalah Advertising & Publication (Sem 4) and Broadcasting (Sem 5).

Advertising (Pn Shifa)

We are the Blue Cow Inc. !!!

Wahh..subjek ni sangat susah!! Dengan presentation nya. Kami disuruh untuk buat mengenai DuChef Tomato Puree. =) Pn Shifa sengaja memilih produk yang tak popular. Aku ingat Sem 4 ni senang..rupanya susah juga. Menyiapkan ads dan menyiapkan report amat menyeksakan. Aku ingat lagi, kami bergilir-gilir menaip report kerana hendak menghafal nota Publication pula untuk final test. Presentation kami selesai pada jam 8 ++ malam. Terima kasih buat Jay, Farah, Fatin, Amai & Mek kerana sudi menjadi ahli kumpulan aku untuk subjek itu.


Publication (Pn Nora)

Alpine Design

Subjek ini aku percaya sukar bagi kami kerana kami tidak mempunyai minat langsung dalam bidang design ini. Kesemuanya adalah wanita pula tu! Kami memilih semua wanita kerana mudah untuk kami jika dikehendaki untuk overnight bagi menyiapkan kerja. Membuat booklet ini adalah antara perkara yang paling banyak menelan duit kami. Gambar diatas diambil ketika kami ingin memulakan dummy presentation.(Masa ni Pn Nora tgh on d phone!) Membuat layout booklet ini pun kami terpaksa bergilir-gilir menghadap laptop sampai keesokan paginya. Terima kasih pada Fatin, Fae & Farah atas segala kerjasama yang sangat memuaskan bagi menyiapkan booklet Sweat Platoon ini!

Broadcasting (En Nik)

Part of Crea-On Production

Ya tuan-tuan dan puan-puan, subjek BRO merupakan raja segala subjek yang amat menyeksakan pelajarnya. Walaupun aku sedar, di sebalik penyeksaan itu, terselit kegembiraan juga tapi aku lebih merasai seksa itu. Buat news capsule, drama & radio korang ingat senang? Aku selaku Finance Manager dengan ini mengisytiharkan poket kami betul-betul hampir koyak rabak untuk subjek ini sahaja. Tapi hasilnya? Aku amat berpuas hati. Selepas melalui subjek ini, baru aku sedar yang aku tak berapa gemar bidang broadcasting ini. Sekali lagi aku mengucapkan Terima Kasih pada Aby, Farah, Wan dan Ema atas segala usaha dan masa yang telah dicurahkan untuk subjek ini. Juga, En Nik RAWKS!!! xoxo

Friday, March 14, 2008

Subang Jayaaaaa...


wahh..Home Sweet Home.
At last, aku dah selamat berada di Subang Jaya yg tercinta..*Muah Muah!!*ehhehehe

ps: thanks Fakhrul! Fakhrul ialah ahli baru di Blogger ini. Jadi, check out his blog ok? Support la dia kengkawan!!

Thursday, March 13, 2008

Persepsi manusia

Ramai orang tanya, Subang tu kan dekat je. Nape tak balik??
Memang lah Subang Jaya tu dekat je. Dalam masa 20minit dah sampai. Kalau jalan tak sesak, dan betul-betul pecut, boleh sampai dalam masa 10minit.

Tapi memang sejak tahun 2005 lagi (masa awal-awal masuk UiTM), aku dah bercadang untuk tidak balik selalu. Aku akan balik 2minggu sekali sahaja.
Bukan tidak rindu pada keluarga, bukan tidak rindu pada bilik, bukan tidak rindu untuk makan bersama dengan mereka, tapi aku nak buktikan yang aku boleh berdikari.

Mungkin ramai yang tak percaya, sebelum aku masuk ke UiTM, aku ni seorang yang agak pengecut dan pemalu yang teramat. Pergi ke kedai untuk beli barang pun aku akan suruh kakak aku atau kawan aku untuk bayarnya untuk aku.
Nak pesan makanan pun aku suruh orang pesankan untuk aku.
Aku takut dan segan.
Disebabkan itu, orang selalu cakap aku ni seorang yang terlalu manja / spoiled. Walaupun aku tahu, itu semua tidak benar sama sekali!

Untuk mengubah persepsi manusia terhadap aku dan untuk membuktikan bahawa aku ni boleh berdiri atas dua kaki aku sendiri, sewaktu aku mengisi borang UPU, aku bercadang untuk memilih course yang ada ditawarkan di tempat yang jauh-jauh.
Aku bercadang untuk menyambung pelajaranku di UiTM Sarawak. Tapi betapa kecewanya aku kerana Masscomm hanya ditawarkan di Shah Alam. Suka atau tidak, disebabkan aku memang betul-betul minat, aku terpaksa memilih Masscomm juga.
Disebabkan aku diterima ke UiTM Shah Alam lah aku berkata pada Mama yang aku tak akan balik selalu.

Dan selepas 3tahun, aku percaya, aku dah betul-betul berubah!..ke arah yang bagus. =)
Sekarang ni, mentang-mentang la aku student MC, aku ni dah jadi macam PR mereka pulak.
Kalau sesat dan nak mintak direction, aku yang kena pergi tanya orang.
Kalau mamak kasi order yang salah, aku yang kena pergi panggil dia semula.
Buat itu, aku. Buat ini, aku.
Not that i'm complaining. =) Tapi aku bangga sebab aku percaya aku dah boleh berdikari.

Tapi, sayang, aku masih tidak mampu mengubah persepsi manusia terhadap aku yang mengatakan aku ni anak manja.

Monday, March 10, 2008

7 Mac 2008

Tak semua orang boleh hidup selamanya. Kan?
Lambat laun kita semua akan berhadapan dengan alam barzakh juga.
Tapi tak semua orang mengingati tentang alam kematian itu.
Mereka sibuk menikmati alam kehidupan yang mereka kecapi sekarang..tanpa memikirkan akan dosa dan pahala.
Sibuk mengejar kecantikan, kebahagiaan dan kekayaan dunia.
Tanpa memikirkan bahawa setiap dosa yang dilakukan akan dihukum di akhirat.
Aku bukan nak menuding jari pada sesiapa.
Tapi aku menuding jari pada diri sendiri.
Tapi aku tahu apa yang aku katakan ini telah menuding jari pada semua orang juga.
Jangan marah aku..kerana aku hanya menuding jari telunjuk ini pada diriku sahaja.

7 Mac 2008, pada jam 12am, bapa saudara rakan serumahku, Alin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alin mendapat berita tentang kematian itu pada jam 2am di Puncak dan aku bersama Aby dan rakan Alin bergegas ke Hospital Kajang pada jam itu juga. Aku kasihan melihat Alin. Dia menangis tak henti-henti. Masih tak boleh menerima kenyataan. Kami berusaha untuk memujuknya. Dia sedih kerana memikirkan bagaimana kehidupan keluarga arwah selepas ini kerana mereka sangat rapat dengan arwah.
Ketibaan kami di Hospital Kajang di bahagian bilik mayat itu disambut oleh suara tangisan dan suara meraung. Aku tak cukup kuat berhadapan dengan situasi ini. Kebetulan pada ketika itu juga, ada seorang lelaki India juga telah mati kerana aku lihat ahli keluarganya menangis teresak-esak. Terutama sekali ada seorang wanita India yang kelihatan sangat lesu hingga ahli keluarganya perlu memapahnya berjalan. Dia duduk di dalam kereta dan menutup mukanya dengan tuala dan menangis lagi. Aku lihat situasi itu berasa sangat sedih dan sebak.
Isteri dan anak bongsu arwah menangis paling teruk. Anak bongsunya perlu memaklumkan tentang kematian ayahnya pada saudara mara yang lain. Aku hairan, tak boleh kah orang lain yang memikul tanggungjawab itu? Dia masih tidak kuat.
Beberapa jam selepas itu, jenazah dibawa ke rumah keluarga mereka di Kg Pandan. Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat. Kami pulang pada jam 6am dan tiba di Puncak pada jam 7am.
Dalam perjalanan pulang, kepala aku tak henti-henti berfikir. Aku cuba bayangkan kalau aku berada di situasi mereka. Aku belum kuat untuk berhadapan dengan kematian orang-orang yang aku sayang. Bukan lah aku meminta tapi aku sedang berhadapan dengan realiti hidup bahawa setiap yang hidup, pasti akan mati. Aku tak tahu bagaimana keadaan aku jika ia berlaku. Keluarga aku adalah nyawa aku. Aku pasti keluarga sesiapa pun adalah nyawa mereka. Aku sangat rapat dengan keluarga aku. Keluarga aku tidaklah sempurna, tidaklah sentiasa bahagia, ada ketika aku menyampah juga dengan perangai mereka, tapi keluarga tetap keluarga. Bagaimana teruk sekalipun mereka, mereka lah yang telah berada di sisi kita sejak kita dilahirkan. Dan walaupun aku pernah marah, sedih, geram, kecewa dengan mereka, itu semua tak mampu untuk memadamkan rasa sayang dan cinta yang teramat pada mereka.
Kerana itu, aku sentiasa berdoa moga semua ahli keluargaku akan dipanjangkan umur selalu. Tiada siapa mahu melihat ahli keluarga mereka pergi, tapi itu adalah realiti kehidupan dan kita tiada kuasa untuk menidakkan ketentuan Allah.

Pada ahli keluarga arwah, samada yang jauh atau yang dekat, aku mengucapkan salam takziah. Moga kuat dan redha dengan qada dan qadar Allah.
Pada kamu semua yang sedang membaca pada ketika ini, sedekahkan lah Al-Fatihah pada arwah kerana itu sahaja lah yang mampu untuk kita lakukan. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tuesday, March 4, 2008

Minggu ku.

Hmm. Minggu ni aku tak balik Subang Jaya. Bukannye tak berkesempatan. Aku sangat mempunyai masa untuk balik rumah.
Tapi faham-faham je lah aku bukannya suka balik rumah sekejap-sekejap je ni.
Sebab aku tak suka menyusahkan orang untuk ambil aku dan hantar aku balik.
Walaupun orang itu adalah keluarga.
Disebabkan hari jumaat lepas aku pergi ke final konsert OIAM, jadi aku mengambil keputusan untuk tidak balik.
Lagipun, hari isnin ni ada homework Pn Mariah yang perlu dihantar.
Dan ada homework Translation juga perlu dihantar.
Juga, lagipun Aby, Fatin dan Shaz buka gerai pada karnival Puncak Perdana.
Sekurang-kurangnya aku mempunyai aktiviti yang boleh dilakukan minggu ini kan.
Tak la aku bosan sangat.

Plus, Mama pun dah pesan, kalau setakat nak balik rumah 2 hari, baik tak payah balik.
Tak puas nak melepaskan rindu katanya.

Takpe lah. Nikmatilah saki baki kehidupan di Puncak Perdana ni selagi berkesempatan.
Sebab aku tak rasa aku akan jejakkan kaki aku lagi di Puncak Perdana ni bila aku dah tinggalkannya untuk ke Dunia Induk pula.

No hard feelings tapi hati aku telah banyak kali dikecewakan di Puncak Perdana ni.
Lebih baik tinggalkan dan lupakan sahaja.
Tak gitu?