Wednesday, April 30, 2008

Terengganu

Ok ok i know i'm suppose to update about Nur Farhana a.k.a Aby but i dont have the time right now because i'm just too busy!! =)
Maybe you're wondering, busy doing what??hahaha FYI, i'm busy at home. Handling my nieces and nephews. Very tiring.

Well, just wanna tell all of you dear friends that i'm going back to my hometown at Terengganu tomorrow (1st May). Just for a few days.
Because on 2nd May, ada kenduri arwah nenek ku.uhuk!
So i'm not gonna update my blog for the next couple of days.

Doakan ye moga kami akan selamat pergi dan balik.
=)

Monday, April 28, 2008

Nurul Izni A. Jalil

Sewaktu Minggu Mesra Siswa [2005]

Ms Nurul Izni A. Jalil merupakan antara manusia yang paling awal dikenali.
Aku kenal dia ni sewaktu Minggu Mesra Siswa (MMS) - masa yang nak pergi DSB untuk ambil gambar kad matrik tu.
Dia yang approach kami dulu.
Masa tu dalam fikiran aku, "Aper hal minah ni tetiba dengan slumbernya duk sekali nehh?"
Hahahaha..yer, minah ni tetibe je duduk bersama kami.
Selepas beberapa jam, baru aku sedar yang aku boleh ngam dengan dia ni.
Dia yang telah mengenalkan perfume cap Giant RM2 nya itu. Bukan main bangga lagi dia dengan perfume nya itu.

[Ok, ini adalah sesi memuji so Ninie, dilarang kembang!!]
Izni ni seorang yang diakui lah memang cantik & cute. Seorang yang tinggi lampai dan kurus.
Mempunyai senyuman yang ikhlas dengan pipi tembamnya dan matanya yang sepet itu. Tapi, dia ni gedik sikit...ok la, BANYAK! Suka mengambil gambar di mana-mana sahaja. Gambar posing ala-ala vain giler gitu..

Vain tahun 2005

Vain tahun 2008

Kami menaiki bas bersama-sama sewaktu mahu pindah masuk ke Puncak Perdana.
Di kala orang lain naik kereta bersama keluarga, kami menaiki bas dalam keadaan berpeluh-peluh dek kepenatan mengangkut beg-beg maha besar kami.
Sampai sahaja di Puncak Perdana, aku akui, aku tidak suka dengan apa yang aku lihat.
Keadaan yang penuh batu dan tanah-tanah merah. Aku rasa tempat ni mesti panas.

Kami mendaftar masuk ke rumah 5-4-6.
Kenangan mencari rumah bersama sungguh lucu!
Aku ingatkan rumah kami di blok 5, tingkat 4 dan rumah bernombor 6. Kami dengan bodohnya pergi ke blok 5 dan mula mencari rumah.
Hati aku sudah rasa tidak sedap kerana ada ramai pelajar lelaki lalu lalang tapi aku buat tak endah sahaja dengan pandangan pelik mereka.
Aku cuba bertanya dengan salah seorang lelaki di situ tapi dia juga tidak tahu kerana dia pun baru sampai.
Aku lihat sudah ramai pelajar lelaki yang aku kira sebagai senior pandang-pandang sambil gelak sinis. Izni sudah merungut kerana mereka bukannya mahu membantu!
Mujurlah seorang makcik cleaner yang menamatkan segala kebuntuan kami.
Bukan main tergelak terbahak-bahak lagi kerana kami sudah salah blok!
Rupanya rumah kami di blok 6, tingkat 4 dan rumah bernombor 5. Blok 5 itu blok pelajar lelaki!
Patut lah mereka pandang kami dengan pelik. hahaha

MPG Movie Magic [2006]

Selepas selesai meletakkan barang, aku dengan baik hatinya [ecewah!] menemani Izni dan Aby pergi ke Induk semula kerana mereka ingin apply PTPTN.
Aku tidak mohon PTPTN masa itu. Aku mohon sewaktu second intake.

Aku, Aby, Izni dan Ema tinggal bersama dalam satu bilik.
Kenangan tinggal bersama-sama tidak akan aku lupakan.
Si Nurul Izni yang paling tidak tahan sejuk. Walaupun aku sedang kepanasan, dia tetap tidur dengan selimutnya sambil meringkuk kesejukan.
Pelik budak ni.
Izni pun telah melalui pelbagai proses pemberian nickname.
Aku dan Fatin mula memanggilnya Ninie / Nen. Nama itu melekat sampai ke saat ini.
Ada yang mengejek:
"Ninie cokolat celup. Celup celup!" hahaha

Buka puasa di kandang [2006]

Ninie selalu cakap, "Dont call me Ninie, ok?"
Tapi aku selalu buat tak dengar dan terus memanggilnya Ninie. haha dia benci nama itu tapi aku peduli apa!! Aku suka..

Ninie antara rakan yang disayangi. Aku sayang dia..sangat! Dia dah banyak membantu aku. Dalam apa jua keadaan sekalipun, dia akan cuba membantu.

Seorang yang sangat sangat baik. Sangat rapat dengan keluarga. Ninie selalu bawa balik makanan untuk kami. Kami yang selalu stay di Puncak ini kerana dia tiap-tiap minggu balik ke rumahnya. Almaklum lah, dekat je pun. Dia tinggal di Alam Megah.

Mahirah, Izni & Sarah [2008]

Seorang yang pandai, topik2 yang dipelajari senang masuk otak. Tapi, budak ni pemalas! Pemalas giler giler nak mampos! Aku selalu marah dia ni disebabkan kemalasannya itu.
Kalau esok pagi ada test, malam sebelumnya baru nak terhegeh-hegeh bertanya apa topik yang akan masuk. Aku dan Amai selalu menjadi mangsanya.
Kerana member, aku layan je lah dengan perangai dia ni.

Oh, seorang yang cerewet juga dalam bab shopping ni.
Walaupun fun pergi shopping dengan dia tapi serious PENAT!
Memang kurus aku ni kalau berjalan dengan dia. Sebab dijamin, kami akan masuk ke semuaaaa kedai.
Aku dah hampir serik menemani dia shopping untuk MPG.
3 hari teman dia shopping kasut untuk MPG dan ketiga-tiga hari itu dia gagal jumpa kasut yang diidamkan. Alih-alih aku pula yang banyak menggendong beg plastik kepunyaan aku sedangkan dia?...kosong.

Dinner Kesatria Part 2 [2006]

Cik Nurul Izni A. Jalil, segala kekurangan ko, aku terima sahaja. Kerana aku bukan seorang kawan di kala ko senang sahaja. Aku sentiasa ada. Walaupun selepas ini, ko insyaAllah masuk Publishing dan kita akan berlainan kelas, persahabatan yang kita bina selama 3 tahun ini akan sentiasa kekal kan? Walaupun kita dah tidak tinggal serumah kerana ko ulang alik tapi ko sentiasa dijemput ke rumah aku. Meh la lepak bila-bila free. Tapi ingat, kena bayar tauu..haha

Terima kasih Ninie for everything! Sebab sentiasa ada dengan aku sewaktu aku gembira dan sedih. Sentiasa dengar segala luahan hati dan masalah aku. Sentiasa membantu aku. Sentiasa baik dengan aku. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, menjengkelkan ko, buat ko marah atau terasa atau sedih atau kecewa. Halalkan segala makan minum aku.

Ninie, jaga diri. Janji dengan aku, kalau ko dapat masuk Publishing, ko akan belajar sungguh-sungguh. Jangan malas. Ko berbakat, Nen. Gunakan bakat ko sebaiknya. Aku nak grad sama-sama dengan ko. Kalau ko ada masalah apa-apa berkaitan apa sahaja, ko tau ko boleh bercerita dengan aku kan? Telinga aku ni sentiasa terbuka untuk ko. Kalau ko perlukan nasihat, atau cubitan atau pukulan atau gigitan, bitau je aku.haha

Aku sayang sangat dengan ko. You have no idea betapa sayangnya aku pada ko. Ko satu-satunya Ninie dalam hidup aku dan tiada siapa pun boleh ganti tempat ko. Tak kira lah kalau lepas ni aku akan rapat dengan orang lain ke, ko dan rakan serumah yang lain tetap yang utama.

Love You. xoxo


**Posting seterusnya mengenai Nur Farhana Mohammad Joni

Nantikan.

Saturday, April 26, 2008

dont-have-a-title

Sebelum itu, aku ingin meminta maaf seandainya korang rasa bosan membaca posting aku ini.
Mungkin korang dah rasa muak sebab akhir-akhir ini aku asyik memperkatakan tentang diri aku ini yang meninggalkan Puncak.

Aku telah pun meninggalkan Puncak Perdana.

Mesti lah aku sedih.
3 tahun bukan jangkamasa yang singkat.
Walaupun ramai yang tidak suka tinggal di Puncak, ramai yang menyumpahseranah Puncak Perdana, tapi aku tetap senang dengan Puncak.
Kerana, aku ada terlalu banyak kenangan di sini.

Dari Semester 1 lagi. Hingga ke Semester 6.

Dari aku berada di rumah 5-4-6 ke 9-5-3 ke 13-2-2 dan yang terakhir ke 8-4-2 .

First time Kesatria Negara. Us with Aizat

Kenangan manis itu sentiasa ada.
Kenangan pahit itu of courselah ada.
Ini kehidupan!
Pahit manis itu adat lah bagi kehidupan ini.

Aku bayangkan jika dalam hidup aku ini tiada pahitnya, betapa membosankan hidupku ini kan.

Tapi yang sentiasa mengukir kenangan bersamaku ini tentulah rakan-rakan serumahku yang pelbagai ragam itu.
Iaitu Izni, Aby, Alin, Mahirah, Ena, Fatin dan Ema.

[L-R] Izni, Aby, Fatin, Ena, Sarah, Mahirah, Ema & Alin. First time ke kelas

Mereka lah yang sentiasa berada di sisi aku no matter what for these past 3 years.
Mana lah aku tak sayang gile-gile ngan mereka ni.
Mana lah mata aku tak berair, hati tak sebak bila berpelukan dengan mereka ini.
Mereka ibarat keluarga aku.
Mereka ibarat kakak aku, makcik aku dan nenek aku. hahaha
Mereka lah yang telah mewarnai hidup aku ini.

I LOVE YOU GIRLS!!! xoxo

Jadi, nantikan lah, posting aku yang seterusnya ini adalah mengenai 7 rakan serumahku yang paling disayangi dan yang paling dihargai dan yang paling diingati.

Next posting ini, kita mulakan dengan:
Nurul Izni bt A. Jalil

Nantikan.

AF6

Hmm..malam ini akan berlangsung Konsert Akademi Fantasia yang ke 6!
Aku tak excited langsung...serious..
Yang buat aku excited sikit is that Riz akan nyanyi lagu Imran Ajmain - Seribu Tahun.
Aku sangat sangat berharap Riz takkan hancurkan lagu itu.

Malam ni, aku harap Toi akan keluar.
Or Mama Rina.
[Aku selalu predict diorang ni.]
Tapi ada lagi sorang yang masuk dalam carta penyingkiran aku..
NUBHAN.
Mamat ni..makin minggu, makin teruk persembahannya.
Aku makin fed up nak menaruh harapan agar ko menyanyi dengan baik.

Kita just tunggu dan lihat je lah persembahan Nubhan yang akan menyanyikan lagu OAG - Generasiku.
Aku harap dia takkan semput.

Yang lain-lain:
Toi - Tak Bisakah (Peterpan)
Mama Rina - Ular (Anita Sarawak)
Aliff - Ketahuan (Matta Band)
Stacy - Dont Speak (No Doubt)
Nadia - Rama-Rama (Ella)
Stanly - Kata (Hazami)

Friday, April 25, 2008

Kamu-kamu manusia

Aku cukup tak faham dengan orang yang kedekut.
Aku cukup tak faham dengan orang yang sangat sangat berkira.
Aku cukup tak faham dengan orang yang pemalas.
Aku cukup tak faham dengan orang yang tidak tahu malu.

Aku tak tahu mengapa orang-orang sebegini wujud di muka Bumi ini.
Adakah mereka akan lebih mewarnai hidup kita sebagai seorang insan yang sentiasa mengungkap perkataan, "Life Sux" ini?

"Dalam hidup ini, kita perlu banyak bersabar hendaknya."
Kata-kata hikmat yang aku terima dari seorang makhluk Tuhan bernama En Mazidul Akmal Sidik.

Bagi aku, iya! Memang tepat ungkapan tersebut.
Tetapi, dalam hidup ini, kita perlu banyak give and take juga.
Sebagai seorang manusia yang penuh cacat celanya, kita tidak boleh sentiasa give and give and give sahaja tanpa menerima walau secebis balasan pun.

Pesanan untuk yang berkenaan:

Jangan kedekut. Kita sama-sama pelajar. Pelajar yang ada ketikanya poket berlubang juga. Jika mahu menjadi kedekut juga, janganlah berangan mahu duduk kolej. Ataupun menyewa rumah. Kerana apabila tinggal bersama, ada banyak barangan yang perlu dikongsi. Sharing is caring..tak reti lagi?
Aku tidak benci kamu. Tetapi ada ketika aku geram kerana kamu sangat berkira dengan kami. Sentiasa tidak ikhlas untuk memberi pinjam barang-barang kamu. Tetapi kamu dengan tidak tahu malunya, dengan slumbernya, boleh sahaja sesuka hati mengambil barang aku tanpa kebenaran aku. Tanpa pengetahuan aku. Apabila sudah kantoi, sudah aku ketahui, baru terhegeh-hegeh dengan senyuman kambing yang tidak tahu malu baru ingin maklumkan pada aku.
Tidak perlu itu semua! Kerana aku sudah tahu. Cuba reti bahasa sedikit.
Give and take.
Aku sentiasa give. Dengan hati yang ikhlas. Tiada dendam atau ketidakpuasan hati atau keterpaksaan walau sekelumit sekalipun.
Tapi kamu tidak pernah give.
Aku tidak pernah take apa-apa dari kamu.
Benar, hidup ini memang tidak adil.
Tapi, aku manusia, kamu manusia juga. Aku pelajar, kamu pelajar juga. Aku ada perasaan, kamu ada perasaan juga.
Mengerti lah wahai manusia. Sedikit pun cukuplah.
Mengapa kamu cukup berkira dengan aku..dengan barang-barang kamu, tetapi kamu tidak pernah berkira-kira apabila ingin mengambil barang-barang aku.

Aku percaya, jika aku mengambil barang kamu tanpa keizinan dari kamu, nescaya kamu akan menarik muka masam. Ketidakpuasan hati akan memancar dengan jelas sekali pada raut wajah. Suara kamu sudah tidak kedengaran riang rianya.

Apabila melakukan sesuatu perkara, cuba tempatkan diri kamu di tempat orang lain juga. Barulah kamu akan mengerti rasa sakit, kecewa, geram dan bengang yang orang lain telah pun rasai.

Saturday, April 19, 2008

David Cook


David Cook

Age:
25
Birthday: December 20th, 1982
Zodiac Sun Sign: Sagittarius
Marital Status: Single, No Girlfriend
Nickname: Cookie (Cookie Monster); Word Nerd
Born: Houston Texas

Notice something that makes me love him even more??
Jeng jeng jeng!
Hahaha we share the same birthday!!!
This is a complete coincidence.
=) Ok, sorry, Sarah tetibe mem'poyo'kan dirinya sendiri..

I was just wondering to myself, bila lah Malaysia nak ada talent macam the people from American Idol?
They're also normal people without any experiences but look at them!!
Their performance was just MARVELOUS!
Like a pro..and i'm not exaggerating..

I dont watch American Idol every week,
but when i watch it this week, i gotta admit, they're awesome!
What i like even more is that all of them have to sing Mariah Carey's songs and the guys nailed it!
David Cook sang, "Always be my baby" and even Mariah Carey felt surprised because he choose that song.
Coz u know, that song kan cam girly girly sket.
Aku pun terkejut dia nak nyanyi lagu tuh.
But well, we should give credits to him because he believe that he can sing that song. He believe in himself and the music arrangements pun sangat hebat. And look at the results.
Whoa. Randy, Paula & even Simon loved it.
I'm impressed.
And i'm happy coz he made it to the next round.

*Dont believe me, sila lah dengar lagu yang saya telah insert di sebelah kanan page saya under About Me.

David Cook,
I LOVE YOU!!!!
=)

Akademi Fantasia

Demam Akademi Fantasia telah pun bermula!
Ok fine, dah bermula dari bulan lepas lagi but whatever lah..my demam baru nak bermula..
To tell u the truth, i've been watching AF since its first season lagi.
AF 1 = 2003 = Form 4.

Yup, thats rite. Tapi masa AF 1, aku bukan la penonton setia lagi.
Sebab masa tu, aku masih tak faham dengan konsep sebenar AF.
But after a few weeks, baru lah i become a fan!

I dont care what other people say.
I know that not all people watch this kind of stuff.
To them, reality TV shows are bull.
But for me, its a really really entertaining show.

And believe it or not, i love it because this show gather my family together.
Every saturday, 8.30pm, terpacak la kami sekeluarga di depan TV.

Tapi personally, aku just suka AF yang first season and second season je.
Especially the second season. Wahh..i'm a fan of Farah, Kaer, Adam & Zahid [boleh la].
Hahaha..all of our family actually vote for them. Memang fanatik kami neh.
Kak Zizi, Dee & Kak Eleen berhabis duit bil semata-mata nak vote Zahid.

Me myself vote for Farah especially. Sebab undian dia selalu paling corot.
Bah [my Dad tuhh!!] vote for Bob. haha geli hati aku.
Masa konsert, kami lah yang paling kecoh sekali.
No one boleh kutuk Farah, Kaer and Adam because i like them.
Bah selalu kutuk diorang especially Farah & Adam.
Kak Zizi peminat setia Zahid.
Dia even pergi konsert 6. [The one yang Zahid nyanyi lagu 'Where is the Love']


And masa Aznil nak umum siapa keluar, kami lah yang paling berdebar sekali.
Especially during konsert 9. Because penyingkiran masa konsert 9 yang menentukan siapa akan ke final.
Kami vote macam orang gila!!

When Aznil announce that Mas is going home, barulah kami boleh bernafas semula..kelegaan..
Kak Zizi even beratur dari time Subuh semata-mata nak beli tiket konsert final.
For 10 people!!!
Dan aku melompat kegembiraan macam nak gila bila Kak Zizi ajak aku pergi sekali.
Dia even sponsor aku topup that night suruh aku vote for Zahid because i wasnt planning to vote anyone that night.
Seeing all my favorite contestants performing at final stage is more than enough. I'm satisfied.

Tapi yang buat mood aku spoil is that, dia paksa aku pakai baju warna orange that night.
Because all of them are wearing orange. Dammit.
But nevermind, i'm having a blast that day!
Well of course lah, my sister beli seats yang paling mahal tauu. hahaha kami duduk few rows behi
nd OAG.
Kami lah antara ribuan peminat Zahid yang melompat macam nak gila bila Aznil announce that Zahid juara!!
Seriously..it was a fun night.

I thought our demam ended there but boy, was i wrong..
Kak Zizi join Za8fc [fan club Zahid] and became an active member.
Whenever there's an activity of Zahid, of course Kak Zizi akan pergi.

And dia akan heret me & Dee sekali.
We even went to NZ to watch Zahid battle makan roti canai.
And we went play bowling anjuran Za8fc. I snap pics with Zahid. *wink wink!!

I'm taller than him yg sebenarnya!

The Winx Team!! =)

My family always compare AF 3, 4, 5, 6 with AF 2 because for us, AF 2 is the best. =)

And the current AF is soo frustrating!!
I'm so frustrated.
Aku takde lah tengok sangat AF 6 ni sebab faham-faham lah bila di Puncak, aku jadi kemalasan untuk tengok TV. Tapi bile balik rumah, mula lah tak puas hati everytime my sisters, my mom & dad talks about AF6, i dont understand a thingg!!
So here i am, during study week where we're supposed to study, aku try to watch all the ulangan konsert & diari of AF.hahaha
Setiap malam, jam 12 tgh malam, duduk lah aku sambil ditemani oleh mama tercinta di hadapan TV menyaksikan konsert ulangan AF hingga jam 2am.
Call me crazy or weird, i dont care!! haha sebab aku dah khatam tengok keempat-empat konsert dengan jayanya!!

And tonight, jam 9 pm, berlangsunglah konsert AF 6 yang kelima.
My predictions? Hmmm...
I hope, really really hope, Toi akan terkeluar.
If not Toi, Stanley.
If not Stanley, Mama Rina.

Just my predictions. I dont vote for anyone after AF 2 anymore. hahaha!!

Friday, April 18, 2008

Current Obsession


Currently, I really really miss my Ahmad Aireel Haqimi..
Lama tak jumpa dia.
Kali terakhir jumpa dia, masa Raya Haji tahun lepas [20.12.2007]
Its been 4 months!!!

Semalam Abang datang! Gosh. I miss him so much!
But for a few hours only. Sebab dia kena pergi kem aper ntah. Kem bina semangat ke.. Not sure, tapi kat hutan.
Kebetulan, semalam, all of my 7 anak saudara ada kat rumah.
All laughing, all so bising and all so entertaining and cute, but there's one spot missing.
AIREEL.
He's not here. Dia jauhh..

Dont worry.. I'll come to you, ok? Sooner or later.
xoxo Luv You.

Tuesday, April 15, 2008

Tagged! You're it .

Tagged. I'm it.
ok, i've been tagged by Syaida & Irma. And i baru sedar!! Boleh terima takk..
6 things bout me huh? okie, lets see...

1) If i'm sleeping alone, i will NEVER ever close the lights.

2) I'm NOT manja!! I'm serious ok. Dont judge just because i'm the youngest.

3) Tak pernah masuk tadika. 1994: Terus masuk darjah 1.

4) I will try my very best to avoid taking meds while i'm sick. Ngelat.

5) Kalau nak tido, i must touch something cold. Like, the dinding or lantai or whatever!

6) I had a hard time trusting people actually. I may look all nice and friendly and giggly and laughing most of the time but whats inside, i'm not.

YAY, i'm done!
So now i tag you and you have to reveal 6 facts about yourself.
Tag, You're itt!!!!

1) Dee
2) Ninie
3) Anis
4) Fakhrul
5) Bahirah
6) Khaleeq

i'm fine

Being home and being sick is the last thing i need.
But today,

ALHAMDULILLAH..

Saya Dah Sembuh !!!!

Saturday, April 12, 2008

My dear Puncak Perdana

I have just realized that...

This is going to be the very last time i'm using the internet at Puncak Perdana.

Oh my dear Puncak Perdana.
It has been a pleasure living here.
Although i do face a lot of problems here with the guard for saman me and being such a pain or with the pihak kolej for always always giving us problem or the dining which is called Utas Cafe now but i still call them 'dining' and sometimes i really hated here but seriously, this place has given me a lot of sweet sweet memories that i shall not forget.

Because of you, dear Puncak Perdana, i met a lot of my friends. Doesnt matter from masscomm itself or TEKA or IS or HS [dulu].

It also gives me bad memories here but right now, i'm just accepting everything just the way it is.
Because i do realize that life is not a bed of roses.
Its a bed of roses that comes with thorns, i guess.
So i'm enjoying every moment here while i can because i'm going back home tomorrow.
Its sad, but i'll deal with it. I will.
Because Puncak Perdana is going to be another phase in my life that i am proud of.

My dear Puncak Perdana,
I'll come to you whenever i can and whenever needed, okay?

Goodbye.

donthaveatitle

sekarang ni, aku kurang mempunyai idea untuk menulis di sini.
ramai yang memberi cadangan pada aku topik yang dirasakan menarik untuk ditulis.
ada yang mencadangkan supaya aku menceritakan mengenai:
  1. keluarga aku - dari ayah hingga ke anak-anak saudaraku.
  2. my besteresterestest friends. [sorie, bahasa gol & gincu hehe SNAP!]
  3. zaman sekolahku - yang paling dirasakan menarik.
  4. my impian.in life.
hmm..menarik. memang menarik.
what do u think, rakan-rakan?

Wednesday, April 9, 2008

Meniti hari esok.


1.51 am, 9 April 2008 [Rabu]

Esok.
Presentation.
Yang terakhir.

Tamat lah sudah.
Segala episod-episod presentation.
Sejak tahun 2005.
Sebagai pelajar Diploma.

Selepas ini.
Boleh pulang.
Dengan aman.
Kerana
Akan kembali buat terakhir kali,
Pada 22 April 2008.
Untuk menduduki Final Exam.
One & Only paper.

Selepas itu?
Pulang.
Dan takkan kembali.

Perasaan?
Sedih. Gembira. Tak sangka. Terharu. Bangga.
Berjaya juga akhirnya!

Alhamdulillah.
Anak pakcik Dolah & makcik Faridah sudah selamat melepasi satu lagi fasa penting dalam hidupnya.
=) *hugs & tears~

Tuesday, April 8, 2008

Bubye beban.

7th March.
Hari ini dalam sejarah.
Presentation yang paling penting dan yang paling besar dan yang paling dinanti-nantikan sejak 3 tahun lepas, alhamdulillah, sudah selesai!!

Aku sangat gembira!

Walaupun sungguh azab menunggu giliran untuk masuk.
Dengan tergagap-gagap menghafal skrip,
duk ke hulur ke hilir tak reti duk diam,
tangan duk membetulkan rambut dan baju je,
dan hati berdebar sungguh sewaktu dalam bilik,
tapi, melangkah sahaja ke luar bilik, aku rasa gembira segembira gembiranya dan tenang setenang tenangnya!

Tanya lah sesiapa sahaja ahli kelas C, kerja aku duk memeluk semua orang.
Sebab aku gembira bukan kepalang!

Ini adalah presentation terbesar yang terakhir aku sebagai pelajar Diploma.
Walaupun ramai rakan-rakan aku cuba bawa aku kembali ke realiti kerana aku ada presentation translation hari Rabu ni, tapi ia tidak secalit pun berupaya merosakkan mood aku yang sedang gembira ini.
Kawan-kawan, sokonglah kegembiraan saya ini.

Dengan ini, saya mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Tahniah dan ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada ahli kumpulan aku yang cukup sporting-sporting kesemuanya:
  • Faezah / Fae / Pai : Yang telah bersama-sama menjadi ahli kumpulan aku yang setia sejak di Semester 4. Seorang yang agak pendiam pada mulanya tapi rupanya seorang yang kaki menyakat juga. Seorang yang tidak suka buat kerja last minute dan kalau boleh, mahu menyiapkan kerja dengan cepat. Yang aku suka tentang minah ni, dia tidak banyak kerenah! =) chicken pai!
  • Farah Sasau : Menjadi ahli kumpulan bersama sejak Semester 3. Seorang yang..Ya Ampun..kecoh giler. Gamat suasana kalau dia ada. Juga seorang yang tidak suka buat kerja last minute. Kalau terbuat last minute, memang menggelabah perempuan ini. Seorang yang banyak idea yang boleh digunapakai dan lebih banyak idea yang terlebih sasau. =) Seorang yang sentiasa berfikir logik. Tapi, minah ni, banyak kerenahnya!
  • Khaleeq / Zada: Pertama kali bekerjasama dengannya. Dari pemerhatian aku, dari segi luaran kelihatan seperti seorang yang tidak ambil peduli tapi rupanya dia take note jugak dengan persekitaran research kami ini. Pada mulanya, agak tidak tahu nak berinteraksi dengannya tapi sejak akhir-akhir ini, Khaleeq semakin menunjukkan belangnya!haha aku makin suka mengacau dia. Seorang yang baik. Seorang yang layannnn je kerenah aku ni. Panggil dia Zada.haha dan dia akan beri jelingan yang paling tajam!
  • Farhana / Aby Joni : Rakan serumahku, rakan sebilikku, rakan sekelasku, rakan sebilik airku sejak Semester 1. Perempuan ni..mak aih..dua kali ganda bisingnya dari Farah. Juga seorang yang suka buat kerja dengan pantas dan lengkap segalanya. Mulut sentiasa pot pet pot pet. Tapi mulut itulah menjadi penyerinya. Boleh mengurangkan stress dengan lawak jenaka dan sedikit lambat pick upnye.
Terima kasih kerana sudi menjadi ahli kumpulan aku.
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan segala kerenahku.
Terima kasih kerana sentiasa berjaya mengukir senyuman dan tawa di wajah ini.
Terima kasih kerana telah memberi kerjasama yang sangat sangat MARVELOUS sewaktu membuat projek 360 ini.
Sayang korang korang semua..muahh!! xoxo


** Maaflah jika anda merasakan posting ini sangat warna warni. Bagaimana warna warni nya posting ini, begitulah warna warni nya hidup aku sekarang! =)

Thursday, April 3, 2008

Boyfriend Mama

take my hand, take my whole life too...
for i can't help falling in love with you..
[Elvis Presley]

Di meja makan bersama Bah & Mamaku

Aku:
Ey, **** [panggilan keluarga pada aku] suka lagu ni!!
Mama: [cuba mendengar lagu yang dimaksudkan yang berkumandang di TV] Ha'ah. Memang best kan. Biasa laa..boyfriend Mama.
Aku: [mengangguk sambil tersengih]
Bah: [mengangkat kening sambil mencebik] Hmmm...
Aku: HAHAHAHA... [dan menyambung makan]

Tuesday, April 1, 2008

April Fool dan Zaman Sekolah

Hari ini, dengan rasminya, sudah bertarikh 1hb April 2008.
1st April, atau lebih sinonim dengan gelaran "APRIL FOOL!"

Bila umur makin meningkat ni, aku makin melupai akan kewujudan APRIL FOOL.
Padahal, masa zaman sekolah dulu, tarikh 1 April lah tarikh yang sering dinanti-nanti oleh kami semua.
Kerana masa itulah masa untuk mengenakan sesiapa sahaja.
Masa itulah mereka nak meluahkan perasaan pada seseorang, lepas itu, jerit APRIL FOOL!
Bangang kan.
Tapi, zaman sekolah ialah zaman seronok aku.
Ada suka dukanya, tapi, aku seronok sangat waktu itu.
Tiada apa-apa yang perlu difikirkan selain pergi sekolah, buat homework, exam, EXAM, dan BERSERONOK!
Aku suka...dan aku rindu..zaman itu.