Tuesday, May 27, 2008

whatever you wanna put as the title

"And the award for the best liar goes to you
For makin' me believe

That you could be

Faithful to me

Let's hear your speech

oh..."

Take a Bow - Rihanna
[credit to: Irmaliza]

Somehow, i can relate that particular phrase of the lyric to my personal life / experience.
I'm not pointing my finger to anyone in exact, no hard feelings, but this really could happen to anyone..especially to girls that have had their heart broken, or also to boys who have had their heart broken too.


Saturday, May 24, 2008

Tag! Saya kena.

Di-tag sekali lagi. Dan sekali lagi oleh Syaida dan Irma. And this time, its a tough one. :D
Dan oh, tag ini harus dijawab dalam bahasa malaysia.

7 fakta tentang saya
1) seorang yang sangat sangat penakut.
2) seorang yang tidak berapa suka shopping.
3) seorang yang sangat suka suasana yang ceria.
4) seorang yang tidak boleh hidup kalau tidak makan nasi selama sehari.
5) seorang yang sangat-sangat menyayangi kesemua anak-anak saudaranya.
6) seorang yang sangat penyegan dengan orang yang baru dikenali.
7) dan seorang yang tidak suka mencarut.

7 perkara menakutkan saya
1) Badut. [Terima kasih kepada cerita 'IT'.]
2) Tikus dan labah-labah.
3) Kematian.
5) Kegagalan dalam peperiksaan.
6) Makan ubat.
7) Gelap.

7 lagu buat masa sekarang
1) Single - Natasha Bedingfield
2) Seribu Tahun - Imran Ajmain
3) Flowers in the Window - Travis
4) Somewhere Over the Rainbow - Israel Kamakawiwo'ole
5) I'm Yours - Jason Mraz
6) Mengenangmu - Kerispatih
7) Sorry - Buckcherry

7 perkara yang selalu saya sebut
1) Emmm..
2) Hahahahaha!!!
3) Ok.
4) Sukati lah.
5) Beb.
6) Ha'ah.
7) Ee gedik!

7 perkara yang amat bernilai
1) Keluargaku di sini + di Terengganu
2) IC + Kad matrik
3) Duit
4) Telefon bimbitku.
5) Laptopku.
6) Charger!
7) Rumahku.

7 "pertama kali" dalam hidup
1) Masuk sekolah rendah + menengah.
2) Masuk universiti
3) Duduk hostel
4) Naik motosikal
5) Masuk hospital
6) Dating. hehe
7) Mengalami depresi.


Dan dengan ini, aku tag sesiapa sahaja yang mahu tag dirinya sendiri.
:D Kerana aku tak tahu mahu tag sesiapa.
cheers!~

Friday, May 23, 2008

apa terjadi dengan aku?

sedang ke blur-an dan ketidakfahaman dan lambat pickup yang melampau sampai si mahirah korah dah surrender nak explain lagi pada aku.
perihal rumah sewa yang cukup mudah pada mulanya tapi bertambah memeningkan sekarang ini.

aku rasa sedikit tidak sihat hari ini.
aku rasa macam mahu muntah.
kenapakah?

perut seakan-akan kosong dan tekak berasa loya padahal aku cuba membuang rasa-rasa itu dengan menyumbatkan segala makanan yang manis-manis ke dalam mulutku.
tapi, aku tak berjaya untuk menghapuskan rasa itu.
kenapakah?

apa yang tidak kena dengan diri aku ini?

Ema Fadilah Ahmad


Gadis yang sungguh ayu ini bernama Ema Fadilah. Lebih mesra dipanggil Ema.
Selalu digelar sebagai Perempuan Melayu Terakhir.
Dengan pertuturan yang lemah lembut, sopan santun dan cukup menghormati orang tua, dia sangat sesuai dengan gelaran tersebut.

Semester 3: Kenangan di Open Day Puncak Perdana

Seorang gadis yang cukup ceria dan lincah. Jenis yang tidak takut untuk bertanya. Sangat berani orangnya. Berani tinggal seorang diri di rumah Puncak Perdana ini, berani menonton cerita seram sorang-sorang. Sungguh kontra dengan diri aku yang cukup penakut ini.

Semester 5: Sukaneka di PD

Merupakan rakan sebilikku sewaktu Semester 1 dan Semester 5. Aku tidak pernah mempunyai masalah sewaktu sebilik dengannya. Cuma setiap pagi, aku selalu berlumba ke bilik air dahulu kerana bila Ema dah masuk, aku boleh tidur diulit mimpi baru dia akan keluar. Sama lah juga bila dia menggosok baju. Cukup teliti dan kemas.

Semester 6: Majlis Penghargaan Kolej

Seorang yang pembersih juga. Tidak kerap mengemas rumah tapi sekali dia mula mengemas, memang tip top jadinya. Satu rumah bersih..termasuk bilik air.
Seorang yang agak nakal. Suka mengusik dan mengejek..sama seperti Wan yang memang suka menyakat.

Semester 4: Bersama Wan di Midvalley

Kalau dia dah start ketawa, memang susah nak suruh dia berhenti. Bak kata Alin, "Alamak, Ema dah start enjin lah." Dia akan ketawa sampai merah muka dan berair matanya.
Itulah Ema. Perangai macam budak-budak sedikit walaupun umurnya berlainan dengan kami. Tapi apa-apa pun, aku tetap menyenangi dengan sikap Ema.

Semester 5: Shooting News Capsule

Oh, sangat sangat kuat tidur. Dia jenis tidur lambat tapi sekali dah lena, susah nak bangun. Seorang yang tak suka panas. Suka sejuk. Di waktu hampir seluruh kelas sedang kesejukan dek kerana air con yang kuat, dia akan cakap, "Sejuk ke? Tak pun. Panas je." Kalau dalam kelas, mesti akan cari tempat duduk yang bawah kipas dan berhampiran dengan air con.

Semester 1: Ceramah Islam Hadhari

Kalau dia baru bangun tidur, perkara pertama yang dia akan buat ialah masak air. Dia suka minum air yang baru dimasak..panas-panas tu. Aku selalu rasa pelik dengan dia ni..lidah dia tu tak pernah melecur ke? :D
Ema seorang yang gila punya study. Dia boleh duduk terperap dalam bilik, mengulangkaji pelajaran tanpa makan dan hanya berbekalkan air masak sahaja. Tengok gaya Ema study sahaja, sudah cukup untuk menakutkan aku yang selalu main-main ni. Tapi, berbaloi lah dengan segala penat lelah dia study kerana keputusan peperiksaannya sentiasa hebat-hebat.

Semester 6: Kampung Nostalgia

Kami sama-sama telah melalui bermacam jenis dugaan bersama-sama. Dugaan sewaktu membuat assignment tu tak usah cakap lah. Memang banyak. Tapi dalam dugaan itu, kami juga telah banyak mengukir kenangan yang manis bersama.

Semester 6: Girls Day Out

Kenangan yang sangat mustahil untuk aku lupakan. 3 tahun serumah bersama Ema akan sentiasa aku kenang. Aku akan merindui kehadiran Ema. Merindui gelak tawa dan segala celoteh Ema yang cukup menyenangkan itu.
Semester hadapan, dia bakal tinggal serumah bersama Alin dan Fatin. Aku sangat sayang dengan Ema ni. Aku anggap dia seperti kakak aku sendiri.

Semester 6: Finale Class Party

Seorang yang sangat baik. Sangat memahami. Sangat caring. Sentiasa bersedia untuk mendengar segala masalah aku dan sentiasa memberi nasihat yang bagus-bagus.
Aku sangat dan sentiasa berharap moga persahabatan yang dibina akan kekal dan akan terus berdiri teguh. Masing-masing akan membawa haluan masing-masing, terpaksa aku mengakuinya tapi jika sentiasa berhubungan, aku percaya persahabatan bersama Ema tidak akan berhadapan dengan sebarang permasalahan.


** Posting seterusnya mengenai Fatin Izaty Mohd Hashim.

Nantikan.

Sunday, May 18, 2008

benci rasa ini

waduhh!! being sick is the last thing i need.
dan hari ini, dengan rasminya, aku dah kehilangan deria rasaku.
benci sungguh.
makan itu dan ini dah tak memberi apa-apa makna lagi dah.

tolong lah tolong lah cepat sembuh!
makan tanpa merasai apa-apa rasa terutama sekali rasa manis sangat sangat tak best!!

sorie takleh nak post lagi pasal ema. tengah agak tak larat nak perah otak fikir balik kenangan-kenangan lama dengan ema waktu sekarang.
sorry sekali lagi.
nanti aku update. sabar.

Wednesday, May 14, 2008

Zainah Idris

Semester 5: Di PD

Zainah Idris atau lebih dikenali dengan panggilan Ena.
Seorang yang cantik, kurus gile nak mampos! Sangat kuat tidur. Makan banyak betul. Suka makan maggi.
Masa semester 1 dulu, aku cukup suka teh wangi bancuhannya.
Dia selalu buatkan teh wangi untuk aku.
Seorang yang gile-gile, agak banyak cakap jugak. Aku suka berbual dengan dia. Aku suka bergelak ketawa dengan dia.
Tapi, aku tak tahu di mana silapnya, kami makin jauh. Dari semester 2 lagi.

Semester 2: Sedang menunggu bas

Kemudian, masa semester 3, dia dengan secara rasminya, telah pindah keluar dari rumah.
Perpindahan yang agak kontroversi ketika itu.
Aku seakan tak boleh maafkan dia akan tindakannya itu. Caranya salah.
Agak berminggu-minggu aku bermasam muka dan tidak bertegur sapa dengannya.
Walaupun yang lain sudah boleh berborak dengan dia, tapi aku tidak.
Di dalam kelas, jika dia duduk di hadapan, aku akan duduk di belakang. Aku dengan segala upayanya mencuba untuk tidak bertentang mata dengannya.

Semester 5: Aerobik di Mont Kiara

Tapi, itu cerita lama. Sewaktu semester 3. Masuk semester 4, kami makin ok..tapi perhubungan itu cuma di dalam kelas sahaja. Selepas dia melangkah keluar dari rumah kami, dia tidak lagi menjejakkan kaki ke dalamnya. Agak terasa hati, tapi aku abaikan sahaja.
Masing-masing sudah besar. Sudah boleh berfikir sendiri. Aku sudah malas nak fikirkan lagi.
Dan aku rasa itulah cara yang terbaik.

Sewaktu semester 5, kami pindah rumah. Dari tingkat 5 ke tingkat 2. Aku gembira sungguh!!
Tapi aku tak sangka apabila aku masuk ke dalam rumah itu, aku ternampak kelibat Ena.
Dia terkejut. Aku rasa kita sama-sama tidak tahu yang rupanya kita akan bakal serumah semula. Dia ingatkan aku dan yang lain masih kekal di tingkat 5. Oh tidak.
Pada waktu itu, yang lain agak kurang menyenangi akan kehadiran Ena.
Tapi aku sebilik dengannya. Dan meja kami bersebelahan.
Seperti aku kata, aku malas nak fikir lagi.
Jadi, aku hanya terima sahaja dengan penghijrahan semula Ena.

Semester 5: Balkoni bilik kami di PD

And deep down, aku sebenarnya sangat gembira kerana Ena telah kembali.
Dan dia terus kekal bersama kami. Aku cukup gembira.
Kerana rasa sedih dan kecewa di hati akan tindakan Ena sewaktu semester 3 itu masih terasa lagi.
Iya, aku sayang dia. Jadi aku sangat sedih kerana dia bertindak sedemikian.

Ena...
Suka tidur selepas makan. Selubung dirinya dengan selimut dan dipekakkan telinga dengan earphone, dan terus hanyut dibuai mimpi. Dia suka lepak di atas katilnya.
Study untuk exam pun di atas katil.
Jenis yang tak reti nak off komputer. Selalu biarkan komputer terbuka lepas itu terus masuk tidur. Aku selalu offkan komputernya kerana takut nanti komputernya rosak.
Suka masak maggi. Selalunya maggi tomyam. Kadang-kadang mee ruski tomyam.
Cukup rajin membasuh baju. Hari-hari basuh baju.
Kalau pergi ke kelas, penampilan Ena cukup sempoi dan ringkas.
Oh, pandai mekap! Sangat pandai.
Cukup pandai bergaya di hadapan kamera.
Seorang yang agak perahsia. Reserve. Selalu tak nak open up.
Segala apa yang dia rasai, dia tak akan beritahu orang.
Selalunya orang lain yang akan figure it out sendiri.
Tak suka menunjukkan perasaanya yang sebenar.
Sewaktu finale class party, dia tak nak bersalaman dengan aku kerana sewaktu itu aku sedang down dan dia takut nanti dia akan menangis juga.
Jadi, dia tunggu sehingga aku sudah boleh ketawa baru dia datang bersalaman dan peluk dengan aku.

Semester 6: Photoshoot yearbook

Selepas ini, kami akan membawa haluan masing-masing.
Tapi aku sangat berharap agar persahabatan ini akan kekal.
Dan moga akan kita sentiasa berhubung.
Apa yang aku sangat risau dan takut adalah jika suatu hari nanti bila sedang berjumpa, keadaannya sudah tidak sama. Aku nak keadaan yang sama seperti dulu.
Aku takut jika ia berlaku. Sangat takut.

Jadi, tolong jangan biarkan ia berlaku ok?

Semester 5: MPG '07

Ena, take care. Love You. Aku sayang sangat sangat kat ko!!xoxo


** Post seterusnya mengenai Ema Fadilah Ahmad.

Nantikan.

Saturday, May 10, 2008

Konsert ke-8, AF6

Malam ini akan berlangsung sekali lagi, Konsert ke-8 Akademi Fantasia [AF] 6.
Kadang-kadang memang geram, meluat, menyampah nak tengok aksi budak-budak ni but hey what can i say..my family call it their entertainment.
Tengok je lah. I got nothing to lose.
There's 6 person remain but i think only 3 of them really really deserve to be in there which is Stacy, Nadia and Riz.
The others? Such a waste of time. So frustrating!!

Tonight they're gonna sing:
Nadia - Karma (Cokelat)
Nubhan - Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
Riz - Laskar Cinta (Dewa)
Stacy - Gembira Hidup Ini (Farah)
Stanly - Naluri Lelaki (Samsons)
Toi - Kasih Berduka (M Osman)

Bonus songs:
Ada Apa Dengan Cinta – Melly Goeslaw/Eric
Sembunyi - Misha Omar/Andi Flop Poppy
Paling Comel – Nana/Achik
Tak Tahu Antara Dua – Adam/Farah

Come on lahh.. Paling Comel?? Aper tuhh?
That song to show real talent?? Ugh puhlizz lah.
I seriously undoubtly really super duperly hate that song!

But whatever it is, i hope Toi is going home tonight.
If not Toi, then it will be Stanly or Nubhan. Either one!

Mahirah Korah

Semester 1: Dalam bas

Mahirah Abd Wahid. Yang tinggal di Wangsa Maju bersama keluarganya. Anak ketiga dari 4 beradik. Antara insan yang paling aku rapat di Puncak Perdana ini. Pada awal perkenalan, aku menghadapi masalah untuk ingat namanya. Yang aku tahu, namanya bermula dengan huruf 'M'. Itu sahaja. Apabila aku ceritakan masalah aku itu padanya, dia menyuruh aku panggil dia 'Amai' kerana nama itu diberi oleh pekerja 7E sewaktu dia bekerja di sana.
Aku selalu ingat perkataan 'Mamai' dan buang huruf 'M' di hadapan: terhasil lah 'AMAI' !! =)

Aku pun tidak pasti apa yang membuatkan kami rapat. Mungkin cara fikiran dan perspektif kami hampir sama kot, berbanding yang lain. Aku memang selalu ke mana-mana sahaja ditemani Amai. Ada masalah pun, aku ceritakan pada dia. Ada story hot ke, aku ceritakan pada dia. Dia pun begitu juga. Tapi aku tak sangka pula sewaktu Semester 1, apabila berselisih dengan orang yang dikenali, mereka memanggil kami 'Kembar'. Kami selalu disapa dengan 'Hai Kembar!' Percaya atau tidak, sehingga sekarang ini, Taufiq masih lagi keliru yang mana satu Sarah dan yang mana satu Amai.

Semester 2: Tok Bali, Kelantan

Jujur aku katakan, tulus dan ikhlas dari hatiku, aku tak pernah langsung nampak persamaan antara kami. Aku tak tahu di bahagian mana yang membuatkan kami seakan seiras. Orang-orang yang rapat dengan aku, mereka tahulah yang kami memang bukan adik beradik. Tapi agak ramai juga la dah kena tipu dengan aku. Aku malas nak betulkan kenyataan mereka. Bila mereka tanya 'Kembar ke?' aku akan sekadar mengangguk, senyum dan terus blah! Jahat eh? Biarkan. =)

Semester 6: Curve

Amai seorang yang cantik, kurus, baik hati, clum-clum [clumsy], serabut sikit, extremely pandai, sangat best diajak borak dan bergembira bersama. Aku selalu panggil dia clum-clum kerana dia tu clumsy sangat!! Kalau nak ke kelas, ada saja barangnya yang tertinggal sampai dia kena naik rumah semula. Selalu terlupa mana dia letak handphone, duit, wallet..macam-macam lagi. Kami serumah selalu pening nak melayan bila dia misplace barang. Bila cari dan cari lagi, kekadang jumpa dalam poket lah, atas katil lah..kami-kami ni cuma mampu untuk geleng kepala dan membebel je.

Semester 1: Baru balik Kesatria

Seorang yang sangat suka pedas tapi paling tak tahan pedas. Tak suka sambal belacan..tak pernah try pun! Kalau order makanan, mesti mintak nasi goreng cili padi, nak pedas-pedas punya tapi nanti terima lah akibatnya mula hentak-hentak kaki sambil minum air sampai air orang lain pun dia minum sekali. Kalau order tomyam, bawang-bawang dalamnya selalu disedekah pada aku. Seorang yang lucu. Aku selalu ketawa terbahak-bahak dengan keletahnya. Amai selalu jadi mangsa ejekan dan bebelan kami serumah.

Walaupun dalam rumah aku yang paling muda, tapi aku rasa Amai lah yang paling bongsu di antara kami 8 orang. Walaupun aku tidak mempunyai adik, tapi kekadang aku rasa aku layan Amai ni seperti adik aku. Perangai dia tu macam adik-adik. Seperti anak bongsu yang tinggal serumah dengan kakak-kakaknya, makcik-makciknya dan nenek-neneknya. Amai ni tidur paling awal diantara kami. Pukul 10pm, mata Amai akan secara automatiknya mengantuk dan dia akan terus bawa diri ke bilik dan tidur. Tapi budak ni bangun awal! Paling awal dalam rumah. Pukul 7 - 7.30am dah bangun.

Senang je nak tahu kalau dia dah bangun. Lagu-lagi dari komputernya akan berkumandang [agak kuat!], terdengarlah bunyi-bunyi bising dia buat seperti bunyi dia kacau air nescafe, bunyi dia tolak kerusi, bunyi dia hempas buku, bunyi dia hempas pintu. Pendek kata, bila ada bunyi-bunyian yang huru hara di rumah, itu bermaksud Amai dah bangun. Bukanlah niatnya untuk buat bunyi-bunyi kacau sedemikian, dia tak sengaja, dah menjadi kebiasaannya. Tabiatnya itu selalu ditegur oleh kami terutama oleh aku, Fatin dan Alin. Fatin selalu heart attack kalau Amai buat bunyi-bunyi bising camtu.

Semester 2: Makcik / Nenek kaki bebel Amai

Sekarang baru tahu kan kenapa aku kata aku rasa dia paling bongsu? Sebab dia selalu dibebel, ditegur, kekadang dimarahi, dicubit dan macam-macam lagi. Oh, dia suka landing baikk punya atas katil orang lain, especially katil orang yang tidur katil bawah. Lepas tu biar katil tu bersepah dan tak kemas. Sekali lagi, telinganya menjadi mangsa bebelan. Tapi, jangan lah pula ingat yang kami ni selalu dera Amai. Bila dia kena bebel atau marah, bukannya dengan cara yang kasar sampai nak cari gaduh.

Ayu sungguh kan?: Nak pergi ceramah aper ntah

Sepanjang 3 tahun kami berkawan, aku jarang bergaduh dengan Amai. Perang terbesar yang terletus antara kami adalah sewaktu Semester 2. Tak bertegur sapa lebih dari seminggu aku rasa. Dan itulah tempoh paling lamaaaa aku tak borak dengannya. Kami memang tiap-tiap hari pun akan ada sesi luahan perasaan. Sewaktu cuti semester seperti sekarang ni pun aku selalu call dia, atau dia call aku and berbual lama. Kalau tak sempat call sebab dia sekarang ni pun sibuk bekerja, aku akan SMS dia. Begitu lah cara kami berkomunikasi sewaktu cuti. Dia pun bukannya kerap sangat online.

Amai seorang yang gila-gila punya bila bab study. Cepat buat nota tapi aku tak boleh pinjam notanya sebab dia buat peta minda. Aku tak suka baca peta minda. Aku tak faham. Kalau ada tugasan pun, dia bukan seorang yang buat kerja last minute. Memang senang nak bekerjasama dengan dia. Seorang yang sangat pandai. Tak keterlaluan kalau aku cakap dia antara Top 5 dalam batch kami. So proud of her. Aku tumpang gembira dengan kejayaan dia sebab Amai ni tak kedekut ilmu. Dia tak lokek kalau orang nak pinjam notanya. Dia akan ajar orang dengan hati yang terbuka kalau ada orang yang mintak tolong.


Amai adalah orang yang aku sangat rindu tapi aku takkan rindu lama kerana dia masih stick dengan aku sewaktu degree nanti. Ya, kami bakal housemate! Tapi aku nak ucapkan Terima Kasih pada Amai kerana selalu ada dengan aku. Selalu menceriakan hidup aku. Dia memang seorang member yang sangat sangat best! I Love You, Mahirah Abd Wahid.xoxo


** Posting seterusnya mengenai Zainah Idris

Nantikan.

Wednesday, May 7, 2008

Nur Farhana Mohammad Joni

Nur Farhana Mohammad Joni. Atau lebih dikenali sebagai Aby di kalangan rakan-rakan. Aby adalah rakan pertama yang dikenali dimana aku mengenalinya sewaktu sesi temuduga lagi. Aku masih ingat lagi riak wajahnya yang tidak puas hati kerana terpaksa menunggu lama. Beberapa minit kemudian, terdengar lah keluhan dan rungutan dari mulutnya. Aku hanya mampu gelak akan keletahnya. Dia duduk di sebelah kiriku manakala Tasya duduk di sebelah kananku.

Semester 1: Bersiap ke kelas

Sewaktu menunggu untuk dipanggil ke dalam bilik temuduga, kami berbual-bual. Aby yang aku kira pada waktu itu ialah seorang yang talkative, lebih banyak berbicara berbanding aku. Dia terus bercerita perihal dirinya dan keluarganya padaku. Yang peliknya, kami berbual seperti orang yang sudah lama berkenalan tetapi tidak pernah terdetik pun di fikiran aku untuk bertanya namanya. Mungkin memikirkan yang kita tak akan bersua lagi selepas ini. Dia juga tidak bertanya nama aku. Apabila Aby sudah selesai ditemuduga, aku masih menunggu giliranku, dia pulang dahulu. Kami hanya mengungkap perkataan “Bye” dan itulah penamat pada ‘persahabatan’ singkat kami.

Bulan Julai, ketika MMS, sedang aku duduk di dewan makan mendengar taklimat oleh akak MMS, Aby mencuit aku. Aku yang tidak tahu namanya berasa sangat gembira kerana berjumpa dengannya sekali lagi. Dan itulah permulaan sebenar persahabatan kami. Dari bertukar nombor telefon, kami ke Puncak Perdana bersama-sama, tinggal di rumah yang sama, berkongsi bilik dan katil dengannya. Dia tidur di katil bawah dan aku tidur di katil atas.

Semester 3: Nak pergi beraya rumah Ninie

Aby. Seorang yang petah berbicara. Almaklum lah, ahli debat di sekolah dulu. Suaranya yang kuat dan lantang boleh didengari dari jauh. Apabila dia gelak, mak aih, meriah sungguh. Sampai semput-semput jadinya. Selalu menyuruh orang memanggilnya dengan gelaran “Aby Comel”. Kami yang kurang setuju dengan gelaran perasan dia tu selalu tak endahkannya. Seorang yang sangat baik. Sangat rajin. Sangat komited dengan tugasan. Aku tidak pernah mengalami sebarang masalah sewaktu sama kumpulan dengannya kerana kerjanya sangat tip-top.

Semester 6: Poster Photoshoot - Candid

Seorang yang pengecut dan penakut. Tak boleh ditinggalkan berseorangan dalam bilik atau rumah. Tak boleh dibiarkan bilik itu gelap apabila dia seorang di dalamnya. Gemar tengok wayang! Suka betul tengok movie seram tapi terima lah akibatnya nanti di dalam panggung. Suaranya lah yang paling setia menjerit paling kuaaattt sekali. Seorang yang berpendirian teguh. Agak sukar nak suruh dia bersetuju akan sesuatu benda. Agak sukar nak menang kalau berbicara dengannya. Ada sahaja yang akan didebatkan. Aku yang sudah masak benar dengan perangainya, selalu menyerah kalah sebab sudah malas nak bergaduh. [Walaupun aku tahu, kenyataan aku benar.] Biarkan.

Sewaktu di Semester 1, aku selalu bergaduh dengan Aby. Harus diingatkan yang bergaduh dengan Aby adalah sesuatu yang paling aku nak hindari. Kerana dia akan melayan anda macam sampah, tidak akan sekali-kali pandang muka anda, dan bersedia lah untuk ribut satu rumah. Hempas pintu, hempas buku, hempas itu dan ini. Mood swings dia berlainan sikit. [Walaupun bukan salah aku kami bergaduh. Walaupun dia yang sepatutnya meminta maaf, bukan aku.] Selalunya aku yang beralah kerana tidak suka bermasam muka sebilik dan serumah. Ada la beberapa kali juga kami bergaduh. Air mata aku banyak kali menitis kerana dia. Sebabnya tidak perlu lah diberitahu. Aku pun sudah lupa. =)

Semester 1: Terima silent treatment dari Aby

Tapi itu perihal Semester 1. Sewaktu baru ingin berkenalan. Semester seterusnya, aku makin akrab dengan Aby. Seorang yang lucu giler babas! Mulutnya sentiasa pot pet pot pet. Aku sebilik dengannya sewaktu semester 1, 2, 3 dan 6. Bilik kami tidak pernah sunyi jika Aby ada. Oh, budak yang paling kuat tidur. Dia boleh tidur sehingga 12 jam lamanya. Hebatkan? Seorang yang pemalas nak tutup lampu. Walaupun dia orang yang terakhir bangun, akan terus pura-pura tidur kerana tidak mahu tutup lampu. Dia tiada masalah tidur dalam bilik yang cerah jadi boleh lah biarkan bilik itu terang benderang. Selalu yang jadi mangsa tutup lampu adalah...aku.

Semester 5: Birthday Party

Sewaktu Class Party Finale kami, aku paling tidak boleh tahan airmata apabila Aby datang bersalaman dengan aku. Terlalu banyak suka dan duka telah kami lalui bersama. Sebenarnya, setiap pergaduhan itu akan merapatkan lagi perhubungan seseorang dan membuatkan kita lebih mengenali orang tersebut. Begitu lah yang terjadi pada aku dan Aby. Kami makin rapat hari demi hari dan aku makin mengenali perangainya. Dengan mendengar nada suara dan tawanya sahaja, aku boleh tahu dia sedang gembira atau marah. Aku boleh tahu dia sedang berhadapan dengan masalah atau tidak. Bukan nak bangga diri, tapi itulah kebenaran. Segala cerita yang gembira atau sedih, cerita yang sensasi, gosip-gosip, dan kutukan selalu dikongsi bersama.haha

Oh, aku lupa nak mention satu benda. Untuk pengetahuan kalian, Aby ni pelat ‘R’. Jadi dia paling membenci nama-nama yang ada huruf ‘R’. Seperti nama aku. Jalan penyelesaiannya, dia dan Alin telah mencipta satu nama baru untuk aku..tanpa ‘R’. Tidak perlu aku menyebutnya di sini kerana aku benci nama tersebut.

Semester 3: MPG Movie Magic

Jadi kepada Ms Nur Farhana Mohammad Joni, selepas ini kita dah tidak tinggal sebumbung lagi. Aku akan merindui kehadiran ko. Aku akan merindui segala-galanya tentang ko. InsyaAllah, jika aku dapat apa yang aku mohon, dan ko pun sama tak gatal-gatal nak tukar sequence lain, kita akan sekelas! Ko ada bakat dalam bidang itu. Secara peribadinya aku cakap. Jangan mudah mengalah atau mudah takut akan pesaing-pesaing ko. Just believe. Gonna miss you, b. And i love you so much!! You know that rite.. Take care cygku.xoxo


** Posting seterusnya mengenai: Mahirah Abd Wahid

Nantikan