Saturday, June 28, 2008

penat + tension + gumbira !!

selepas 6 jam terperuk di dalam kereta, akhirnya tiba lah jua aku di subang jaya!
malas nak menceritakan pengalaman di kedah buat masa sekarang, otak tengah serabut.
tapi cuma satu perkara yang pasti:

makanan di kedah sangat sangat best !!!

kalau aku dicampak di sana selama sebulan, memang confirm, gerenti, aku boleh gemok!!

takleh nak update panjang lebar sebab aku tengah takde mood disebabkan website ptptn yang cam harammm itu!! takleh bukak la windows nye..camne nak print segala dokumen jadah tu?
anyone yang berjaya save dokumen2 itu, please let me know k. you have to help me!
i'm desperately seeking for your help!
haih. tension.

but it wont be longg!! jeng jeng jenggg.haha
thank god its saturday and hari sabtu ada banyakk sangat cerita best.
kita mulakan dengan:

9.45pm: greys anatomy (ntv7)
10.45pm: private practice (ntv7)
11.45pm: beverly hills 90210 (only on 8tv yo!)

i know i know..gile hampeh si sarah ni..ramai orang dah tgk cite greys tu sbb kerajinan yang teramat dalam bidang download-ing ni.
but not me.haha!
saya pemalas. saya short-tempered. saya bukan penyabar untuk download.
jadi, saya lebih rela menunggu hari sabtu dan duduk di hadapan tv sambil makan-makan, rehat-rehat dan bersosial dengan ahli keluarga dari duk membiarkan laptop ku terpasang sampai panas jadinya hanya kerana nak tunggu ia loading.

well, lain orang, lain cara kan.
jadi, jangan kutuk !!

Tuesday, June 24, 2008

Not around.

Off to Kedah tomorrow morning.
So, i'm not gonna update my blog and also my friendster, myspace & facebook for a few days.

Segala kerja yang perlu diselesaikan segera itu, masih lagi terbengkalai.
Haih. Sangat sibuk bila balik nanti.

Anyway, bye-bye Subang Jaya..bye-bye home..
See you in four days.

Take care, friends!
xoxo

Friday, June 20, 2008

BAD.

today, me: nor sarah fatihah is a bad bad person.
ugh!!

you, i'm sorry. i really really am.

i hate this. i hate feeling like this.

Thursday, June 19, 2008

Ieka Zubir

Seterusnya, Zulaikha Zubir atau dikenali sebagai Ieka. Kalau orang tanya aku, "Ieka maner?", aku akan terus menjawab, "Alah..Ieka kecih tuh.." hehe jangan marah eh Ieka.

Walaupun masscomm ni kelompoknya kecil je, tapi masa semester 1, aku tak kenal pun Ieka. Aku start notice dia masa semester 2, sebab masa tu kelas C gabung dengan kelas B untuk pelajaran IMK. Aku ingat lagi masa tu, aku agak tension dengan si Izhaar & Najib yang tak henti-henti pot pet pot pet kat belakang aku..haha banyak kali aku sound, kasi jelingan maut tapi diorang gelak je. Kurang asam tul!


Dalam kePANASan itu, aku terpandang la ke seorang budak yang cukup ceria ni. Yang tak mengendah langsung dengan keadaan sekelilingnya. Dia yang duduk berhadapan dengan Ustaz Kamarudin cukup asyik bermain dengan handphone dan snap gambar vainnya sendiri dan terus gelak-gelak sambil tunjuk gambar tu pada teman-temannya di sebelah. Aku pelik betul dengan budak ni. Ustaz kat depan mata dia je tu..huiii..


Tapi, masuknya kami ke semester 4 barulah kami betul-betul berkenalan dan menjadi rapat. Ieka ni seorang yang..mak aih..kecik tapi mulut bisingg betul! Tapi setiap apa yang diperkatakan tu cukup kelakar. Memang tak kering gusi kalau lepak dengan Ieka ni. Aku kalau dah start borak dengan dia memang susah nak stop. Aku ingat lagi, aku selalu borak dengan Ieka kat bawah blok sampai pukul 2 - 3 am..sampai dah takde sorang pun manusia yang lepak kat bawah blok tu. Aku dah kesejukan dah masa tu.


Dengan Ieka ni, semua benda aku boleh luahkan. Dia akan dengarrrr je..pastu dia akan kasi pendapatnya sendiri. Walaupun baru berkenalan, tapi aku cukup selesa dengan dia. Ieka ni baikk sangat dengan aku. Yang aku takkan lupa, dia ajak aku tidur rumah dia sebab aku ada ujian MUET di sek 18 dan sekolah tu dekat je dengan rumah dia. Terharu aku! Thanks beb. Jasamu sentiasa dikenang.


Cik Zulaikha Zubir akan menyambung pengajiannya sebagai pelajar Broadcasting sewaktu degree nanti. Aku doakan semoga berjaya! Jangan malas-malas ye. Aku akan rinduuu gile nak borak-borak dengan ko lagi. Ko selaku supplier lagu-lagu baru kat aku amatlah dialu-alukan ke rumah aku ye.hahaaha u are always welcome there!! Take care beb! See you..xoxo sayang ko!!

Wednesday, June 18, 2008

Kerana Janji

Aku telah berjanji, dan aku akan tunaikan janji aku. Dah, lepas ni, aku dah takde hutang pape lagi dah ye. Tapi, aku takkan ceritakan panjang lebar. Hanya cerita serba ringkas mengenai 2 orang rakan seperjuangan iaitu Hamdan dan Ieka.

Kita mulakan dengan Hamdan.

Hamdan Hashmuddin. Rakan sekelas 'C' aku sejak semester 1 lagi. Walaupun dia berhijrah ke kelas lain sewaktu semester 6, tapi aku tetap mengganggap dia sebagai 'budak kelas C'. :D
Tinggal di Subang Jaya, seperti aku juga. Dulu sekolah Seafield. Kelakar bila mengingatkan, dunia ini benar-benar kecil. Tak sangka, ada seorang manusia yang aku pernah usha dulu budak sekolah Seafield masa aku Form4 rupanya dikenali oleh Hamdan. hahaha [Hamdan, ko tau sape aku maksudkan kan..?] Shhhh..


Seorang yang baik hati, suka buat lawak jenaka, skema dan jiwang hanya pada waktu malam [hehe], suka beri ayat yang berbunga-bunga sampai aku yang mendengar pun boleh garu kepala. Setahun muda dari aku, kadang-kadang boleh nampak keperibadian yang 'muda' itu. Oh, lidahnya agak tajam. Atau dalam erti kata lain, agak kerek. Aku dah banyak kali terasa hati dengan dia. Banyak sangat. Terutama sekali sewaktu buat tugasan bersama.


Tapi, rasa itu tak kekal. Sekejap je..kan kan? Esok atau lusa, dah elok. Sangat sangat rapat dengan Syahmi. Ada ketika tu, ke mana-mana sahaja pasti dengan En Syahmi di sisi. Keterlaluan ke kalau aku katakan Hamdan ni merupakan salah seorang rakan sekelas yang paling aku senangi? Senang berbual dengan dia. Banyak perkara aku boleh luahkan pada dia.

Hamdan ni..single! Secara peribadi aku cakap, emm berdasarkan observation yang aku buat sendiri, si Hamdan ni seorang yang romantik. Serious. Jadi pada mana-mana gadis yang single-single di luar sana, aku jamin, mereka akan bertuah kalau dapat pakwe macam Hamdan. Wahh..Hamdan, free advertising neh!hehe mentang-mentang la Hamdan amik advert degree kang.
So, Hamdan, aku akan rindu nak sekelas dengan ko. Rindu nak dengar celoteh ko kat belakang kelas time lecturer tengah mengajar.haha walaupun kekadang tu rasa cam nak sumbat je mulut ko dengan tisu banyak-banyak yang ada dalam beg aku. Jangan amik hati aaa.. Belajar rajin-rajin, jangan duk nak maiiinn je. Nanti bebile free, kita lepak together-gether k?
Oh, terima kasih sebab suka buat aku mengidam malam-malam buta dengan gambar-gambar makanan ko yang maha menyelerakan itu.hehe Take care!!xoxo


**mengenai Ieka di posting seterusnya. =)

Sunday, June 15, 2008

To all fathers.

HAPPY FATHER'S DAY !!!!
to all fathers in the whole wide world


xoxo
Love you, fathers!
and thank you for everything!!

Pictures !!

whoopss!..my bad. there's a correction with yaya's full name.hehe sorry! the real name is:
Nur Aleeya Az-Zahra

There. I wanna meet her sooo bad! Hm. Maybe we're going to Kedah next week. But its still too early to say. If i'm following them, then, i seriously have to settle everything that needs to be settled. ASAP!

Anyhoo, my abang emailed me yaya's pics this morning..waaa!! So, i'm giving all of my beloved readers & friends the privileges to view the pictures here.hehe baikkan si sarah abdullah ni. [perasan, i know.] well, what can i say, i have my moments. :D

My Aireel with her baby sister


Shhh..Yaya's sleeping.

Saturday, June 14, 2008




People, dont forget to tune in to 8tv tonight to watch the best series i've ever watched [this and also FRIENDS]..can you believe it?

BEVERLY HILLS 90210 !!

My God!! I seriously can't wait. Although i don't really remember clearly all the episodes because i was very young when i watched it the first time but i still remember perfectly all the casts especially Brendon, Brenda, Kelly, Steve, Dylan, Andrea, Donna, and David.

So, to all of you couch potatoes out there, don't forget to watch:

what: Beverly Hills 90210
when: starting 14th June (Saturday), 11:45 pm

where: 8tv yo!

Friday, June 13, 2008

Coz i had a grrreat day!!

Alhamdulillah, syukur nikmat!!

Selepas debaran yang tak henti-henti menunggu keputusan degree, akhirnya aku terima surat uitm tadi!! yeehaaa...
Dan, alhamdulillah..aku bersyukur sangat sebab aku dapat majoring yang dipilih.

Tahniah diucapkan kepada semua yang dapat sambung degree!!
Double tahniah pada cik intan nadiana kerana sambung degree di shah alam!! You better babe. You're my future housemate. :D
Juge, double tahniah pada cik afidah kerana diterima sambung degree di melaka!! I dont care. Every week, ko kena balik subang and datang lepak kat rumah aku & intan..WAJIB!! :D

Also, thank you to all my oh-so-very-helpful seniors yang tak putus-putus menjawab segala persoalan-persoalan aku yang mungkin memeningkan ini! hehe i appreciate it..serious. You know who you are..tak perlu sebut nama lah..

And sekarang, aku dibebankan pula dengan cabaran untuk settle kan segala dokumen-dokumen yang diperlukan time pendaftaran nanti. Not that i'm complaining..because i'm not..at all ! Ok la, maybe a bit. But i'm not regretting it. Because i ask for it! So i have to deal with it.kan?
Takpe takpe, i know i can sort this out. But i need my afidah & intan to help me out. Kita buat sesama ok.? WAJIB juge. :D

Well ok then, i need to settle it ASAP before my registration which is on the 6th of July. Oh my..with sooo much to doo...huhu

Bubye then..wanna settle my FB first then off i go to watch Kan Cheong Kitchen!! haha noisy, memeningkan but yet, very entertaining and hilarious!!


** Dont worry Kak Raje..saya akan datang meeting nanti alrite. Saya akan heret semua sekali yang berkaitan..haha

honestly, i did try.

we cant force our feelings to like or to accept someone.

even i cant force my feelings to like or to accept someone.
i just cant.

but dont say that i didnt try.
i've tried my best. i've tried the hardest that i can.

u think i like to reject people?
u think its fun to reject people?
NO!! its tearing me apart inside! i hate it!

but if i still dont develop those feelings then, i'm sorry, there's nothing that i can do.

please dont hate me.
at least i have the tendency to try.

maybe its best if we better off as friends?
thats the best way, isnt it?



oh dear God please help me.

Thursday, June 12, 2008

us. vain.





this was taken last tuesday [10th june] at fieda's house. we all decided to go makan-makan piza at her house..just to celebrate our graduation.haha for me, intan and fie of course. farah & hana came to celebrate with us.
there's a lot more actually..to be exact, there's 84 pics but i cant put them all.
because our face very the muka tak senonoh.haha

it was very fun..hanging out with them.

ini lah kawan-kawan baikku di subang jaya. plus hazwani. dia ada kelas so she cant come.
and si anis syahirah. she also cant come because she's faaarrr awayy!! hehe

Sunday, June 8, 2008

Terima Kasih.

Akhirnya..berakhirlah sudah segala penceritaan peribadi aku yang dicoret khas untuk ahli-ahli asal 5-4-6. Ada yang cakap aku ni rajin sangat sebab sanggup nak tulis pasal sorang-sorang budak rumah aku ni.

Tapi bagi aku, tak salahkan jika aku sekadar ingin menunjukkan penghargaan. Betapa bangganya aku dapat mengenali mereka ini.
Aku banyak belajar dari mereka. Ada banyak lagi kenangan bersama mereka yang aku rasa tidak patut lah aku paparkan..juga sudah tak larat nak menaip panjang-panjang.

Minta maaf kerana aku mengambil masa yang lama untuk menghabiskan penceritaan aku untuk 7 manusia ini. Pada awalnya, aku ingat aku akan berseronok menaip semua ini sebab itu aku sanggup membuatnya.

Tapi aku tak jangka langsung yang aku bakal bermain dengan emosi yang paling mendalam setiap kali aku menaip tentang mereka.
Pembaca sekalian, faham-faham sendiri lah bila aku katakan tentang emosi.

Iya, aku beremosi sekali sewaktu menceritakan setiap kenangan aku bersama mereka.
Sebab itu aku mengambil masa yang lama untuk bermula dengan orang yang baru.
Aku perlu seimbangkan semula emosi aku.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca kesemua kisah mengenai 7 orang rakan saya ini.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan komen.
Percaya atau tidak, hati aku berbunga setiap kali menerima komen-komen dari kalian.

Dan terakhir sekali, berbanyak-banyak terima kasih pada 7 rakan saya itu kerana telah sudi menjadi kawan saya. Menjadi kebanggaan saya kerana dapat mengenali mereka.
They are priceless.




** Kepada Hamdan & Ieka, aku akan tunaikan janji aku. Berikan aku sedikit masa untuk meneutralkan semula perasaan aku ini, ya!

Siti Hazlin


Siti Hazlin Hussin. Atau Alin. Dari Alor Gajah, Melaka.
Argh!! Aku tatau apa nak tulis pasal Alin. Aku sangat sangat rapat dengan dia. Dia banyak menceritakan pada aku pasal life dia. Life dia tu agak banyak dugaan yang perlu dihadapi.
Aku sangat memandang tinggi pada dia kerana dia sentiasa tabah menempuhi segala dugaan yang menimpa. Tak pernah putus semangat. Sentiasa memandang segala-galanya dari sudut yang positif.

Semester 3: Dalam kelas PR

Aku tabik dengan pendirian dia. Sedikit keras kepala ke tahap sampai aku dah malas nak menasihatkan dia tapi aku tetap memandang tinggi pada dia.
Aku cukup hormat Alin.

Semester 5: Class trip

Pengalaman sebilik dengan Alin tidak akan aku lupakan.
Beberapa sifat positif yang ada dalam diri aku ini adalah kerana Alin.
Sebilik dengan dia sewaktu Semester 3 dan Semester 4.
Tapi sewaktu semester 2 lagi aku selalu tidur dengan dia. Terutama sekali masa cuti study week. Alin tak balik sebab kena save budget jadi dia terpaksa tinggal di Puncak seorang diri. Takkan aku nak tinggalkan dia? Disebabkan aku pun tak boleh study kalau duk rumah, jadi aku pun tinggal di Puncak. Bersama Alin.
Setiap malam, kami akan mengangkat tilam dan menyusunnya di ruang tamu. Alin suka sejuk. Dia selalu reserve spot yang bawah kipas. Aku tak kisah tidur di bahagian mana-mana pun jadi aku ikut aje dengan segala kehendak Alin.

Semester 1: Baru balik dining

Best dengan Alin ni! Sebab dia kuat makan. Kalau aku tak habis apa-apa makanan, aku selalu offer dia. Dia tak pernah tolak pelawaan aku. Aku pun suka makan walaupun takde lah sekuat makan macam Alin. Jadi, aku senang bila ada orang sudi teman makan bersama-sama aku.
Oh, dia ni raja dan ratu kebersihan. Sangat pantang tengok kekotoran. Kalau dia nampak kekotoron, dia akan terus bersihkan. Siapa-siapa yang buat kotor tu, mesti akan terasa punya bila tengok dia bersihkan. Sebab Alin ni bukan jenis yang ungkit-ungkit. Jadi, kena faham-faham sendiri lah.

Semester 1: Tunggu komuter

Siti Hazlin seorang yang kaki shopping! Ooppss..bukan shopping pakaian. Tapi shopping barang makanan. Selalunya, sewaktu awal-awal semester, aku selalu teman dia pergi Giant sebab dia nak beli stok-stok makanan. Ahaa..ada sebab kenapa dia ajak aku..dan kadang-kadang Jay atau Iqram pun akan ikut..sebab aku akan jadi tukang tolong angkat plastik-plastik beg dia tu.
Plastik dia tu bukannya ringan! Berat! Dia bukan sahaja beli stok-stok makanan, tapi dia juga beli stok-stok sabun basuh! Dan, Alin ni rajin basuh baju. Cepat je sabun-sabun dia tu habis. Kadang-kadang dia selalu curi sabun basuh aku sebab sabun basuh aku selalu ada banyak. Almaklum lah, tak selalu basuh baju di Puncak ni.hehe jadi, dia selalu beli botol sabun basuh yang paling besar. Seksa nak mengangkat. Masa aku teman dia tu, bukannya dia ada kereta lagi. Kena la naik bas.haha tapi seksa macam mana sekalipun, aku rindu saat-saat tu. Saat aku gembira bersama Alin.

Semester 2: Tunggu bas di PKNS

Alin ni juga kaki membebel. Uih, dia la mak nenek kami. Bebel bukan macam makcik lagi. Tapi bebel macam nenek. Tahap bebel dia tu lagi up dari bebelan Fatin. Bayangkan lah hingar bingar rumah kami ni macam mana. Dah la suara Alin tu nyaring. Paling kuat!

Semester 2: Tunggu bas di Perindu

Tapi, suara Alin cute. Ninie panggil suara Alin sebagai "suara kucing mengiau". Betul! Memang pun. Bunyi Alin bersin pun cute dan kelakar. Serious neh..everytime dia bersin waktu kelas, kami semua mesti ketawa..termasuk pensyarah sekali. Masa semester 1 kami masih tak biasa dengan bunyi bersin Alin, jadi setiap kali dia bersin mesti kami akan ketawa. Tapi bila dah masuk semester 6 ni, budak-budak kelas semua dah biasa. Jadi kami selalu buat tak tahu.
Tapi kalau time exam kan gabung dengan kelas lain..mesti akan ada beberapa kepala yang tertoleh ke arah Alin.haha aku selalu jadi tukang gelak je.
Alin memang kuat bersin. Dia ada resdung. Standard lah.

Semester 2: Di Tok Bali, Kelantan

Oh tapi si Alin ni pemalas. Pemalas. Pemalas. Dia ni kuat tidur. Orang suruh study, macam-macam alasan dia bagi.

"Panas lah..sakit kepala lah..penat lah..nak tidur kejap lah.."

Takde maknanye! Tipu semua tu. Suka study last minit. Sama jugak lah bila bab buat assignment.
Terutama sekali kalau tugasan individu. Lepas tu baru nak menggelabah. Sebab tu aku kata, Alin ni keras kepala. Tanak dengar nasihat orang.

Semester 2: Dinner Kesatria

Pembaca sekalian, jangan ingat saya mengutuk di belakang Alin ok? Segala benda yang saya tulis ni memang benda-benda yang saya selalu cakap pada Alin. Everytime dia mintak pendapat, saya selalu cakap,

"Ko tu keras kepala! Mana nak dengar apa yang aku cakap."

Dia dah sedia maklum dengan gelaran keras kepala yang aku bagi pada dia tu. :D

Alin is our Queen of the Night

Alin cool. Dia tak kisah. Lagipun, itulah gunanya kawan. Bersikap jujur..sebab memang betul pun. Dia memang keras kepala. Sangat berpegang teguh dengan keputusannya. Walaupun keputusan dia tu sangat menyimpang.

Aku sayang ALIN! Sangat sangat sangat sangat sayang dia!! Aku sayang betul pada dia.
Dia selalu faham dengan diri si sarah ni. Dia sentiasa faham dengan segala memek muka yang si sarah ni buat. Dia akan selalu dapat detect kalau aku ada masalah atau aku sedang sedih.
Dia sangat faham aku! Dia sangat matang dalam kebanyakan benda yang aku masih mentah. Banyak aku belajar dari dia yang sebenarnya. Dia banyak ajar aku mengenai kehidupan.

Semester 4: Di Pasar Seni..kot.

Love you Alin! Really, i do! Thank you for everything. Thank you for always always be there.
Always there..for me. Aku harap ko jaga diri ko elok-elok. Aku akan rindu ko. Rindu segala-galanya mengenai ko. Aku akan rindu nak dengar ko ketawa mengilai. Rindu nak dengar ko bersin. Rindu nak dengar suara kucing mengiau ko tu. Rindu nak dengar ko melatah. Rindu nak dengar ko berdengkur. Rindu nak dengar celoteh ko. Rindu nak dengar ko bergayut kat telefon gunakan dialog yang sama dengan orang yang berlainan. Rindu nak makan dengan ko. Rindu nak gi shopping dengan ko. Rindu nak tidur dengan ko. Rindu nak dengar ko membebel. Rindu nak dengar ko merungut "Panas lah." Rindu nak marah ko sebab drive laju. Rindu nak makan yong tau foo kt pasar malam dengan ko. Rindu nak makan Rafi dengan ko.

Semester 6: MPG kami

Pendek kata Alin, aku akan rindui kehadiran ko. Rindu sangat.
Ko jangan lupakan aku terus. Jangan tinggalkan aku terus.
Sayang ko.


**Tammat lah sudah.

Terima kasih kerana membaca rakan-rakan!

Saturday, June 7, 2008

The Name.

Ok, still dont have the pictures of the new born baby.
Abang is a little lazy when it comes to internet during this time.
And i'm not sure if he activate MMS.

So, nevermind lar.

But! I have a little new update about the baby which is:
The Name.
Jeng jeng jeng!

Nor Aleeya Al-Zahra bt Ahmad Ezreen

Aireel calls her Yaya. So adorable my dear Aireel. Rindu!


**Oh, someone ask me, "Yaya ni anak buah yang ke- ?"
***To that particular someone, "Yang ke-9." =)

Friday, June 6, 2008

result..result...

result dah kluar.
not that i'm complaining..but i've prepared mentally and physically to face my result on the 9th.
i already set on my mind, "Result keluar 9hb."

so i really really dont appreciate uitm give us a surprise by release the results 3 days earlier.
berdebar gile nak mampos tau tak.

i found out bout it in the car altogether with intan, fieda & hana.
such a shocking news! intan keeps on repeating, "arghhh takutnye!!!"
i was trying to act calm but i'm pretty shaking myself that time.

because..its our final sem. we're graduating.
its really hard to explain actually.
but well, of course i want all of it to be perfect just because its my final sem. just because.

i thought i dont wanna check yet. i wanna watch 'over her dead body' first.
but thanks to the rosak dvd, i changed my mind.
with full support and encouragement from my mom that feels good about my result [naluri ibu, what do we know?]..i gave up and just check it.

and?
unexpected. my pointer improved. but it was unexpected.
but overall, i'm happy! i'm graduating. and its perfect.
thank you dr mariah! thank you cik rozaimah!

alhamdulillah.
2 good news in a day. phew.
6th june is officially my goodluck date. :D

yeay!! bubye diploma!!!

Ahli baru dalam keluarga kami !

Raya Haji 2005: Kak Nita & Aireel

6 Jun 2008, 8:43am

Kakak iparku, Kak Nita, telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.1kg.
Alhamdulillah.
Kami sekeluarga menyambut berita gembira itu dengan penuh rasa bersyukur kerana kami tiada di sisi sewaktu kakak iparku sedang bertarung nyawa di dalam bilik hospital itu.
Tiada di sisi untuk memberi kata perangsang dan semangat pada abangku yang ternyata cemas kerana dia dikehendaki masuk ke dalam bilik pembedahan itu.

Raya Haji 2005: Abangnya dan adiknya

Abangku sekeluarga tiada di sini. Mereka berada di Kedah kerana abangku terpaksa bertugas di sana.
Tapi, insyaAllah, kami akan melawat mereka di Kedah itu nanti.
Masih dalam perbincangan. :D

Aku cukup gembira.
Tentu Aireel gembira kerana mendapat seorang adik perempuan.

Baby girl yang abangku cakap berambut lebat dan berkulit cerah.
Aku harap abang aku hantar gambar puterinya itu pada kami. Teruja nih!!

Ahmad Aireel Haqimi yang dirindui

Lama tidak bersua. Rasa rindu itu memang sentiasa ada.
Hanya gambarlah pengubat rindu.
Tapi, apa-apa pun aku bersyukur kerana kedua-dua ibu dan anak selamat.
Alhamdulillah.

Thursday, June 5, 2008

Beza antara dulu dan sekarang

Aku ingat lagi masa aku masih kecil umur dalam lingkungan 11 tahun, aku selalu pergi jalan-jalan dengan kakakku. Naik kereta Kancil, mana-mana je la destinasi kami pergi. Yang paling kerap, tentu lah ke Subang Parade dan Carrefour. Petang-petang, mesti aku akan ikut dia pergi pusing-pusing sekitar kawasan perumahan..keliling SS12, SS14, SS15, SS18, SS19..semua kami redah. Selalunya kami cuci mata tengok rumah-rumah banglo yang maha besar di kawasan SS19. Tengok rumah sebesar itu, untuk seorang kanak-kanak seusia aku, sudah cukup untuk buat aku teruja.

Tapi, masa dulu senang. Tak banyak untuk difikirkan..dari segi kos hidup. Dulu, isi minyak RM10 pun dah hampir penuh tangki minyak sebuah kereta Kancil. Kakak aku tak pernah isi minyak lebih dari RM10. Bagi aku, RM10 pun dah cukup banyak. Dah cukup nak berjalan-jalan merata-rata tempat. Tak perlu nak pening-pening.

Sekarang ni? Segala-galanya dah mahal. Tol dah mahal, minyak masak dah mahal, gula dah mahal, roti gardenia pun dah mahal..dulu RM1.70 je..sekarang RM2.10, susu pekat dah mahal, panadol pun dah mahal..dulu RM1.60..sekarang dah RM3..harga kt 7-Eleven tu tak usah cakap lah..kat farmasi lagi laa.. Yang terbaru, harga beras pun dah melambung naik..sampai RM8 - RM 9 beza harganya. Melampau betul. Nasi yang dah menjadi makanan asas warga Malaysia ni pun kena dikurangkan. Tapi, mereka pandai. Mereka tahu. Orang Malaysia tak boleh hidup tanpa nasi. Jadi apa mereka peduli? Naikkan je lah harga sampai berbelas-belas ringgit sekalipun, orang akan tetap beli. Tapi, tak perlu lah nak menipu rakyat. Tak perlu lah nak beri alasan dengan mengatakan kenaikan harga beras ni ada baiknya juga..supaya orang Malaysia akan makan makanan yang lebih berkhasiat. Rakyat tak bodoh la. Nasi tu karbohidrat kan..tak khasiat ke? Dah nasi tu orang makan dari zaman nenek moyang kita, nak buat macam mana? Nak suruh kita makan ubi kayu balik ke?

Yang paling terbaru, harga minyak petrol & diesel pun dah naik. Sekarang, 1 liter = RM2.70. Mahal tuh. Apa lah sangat nilai mengisi minyak sebanyak RM10 untuk sebuah kereta Kancil? Ada la naik sikit je. Tapi, tak sampai separuh pun. Jauhhhh lagi nak sampai separuh. Apa la nak jadi dengan Malaysia ni? Rakyatnya sendiri pun rasa tak tenteram hidup di Malaysia ni. Jom lah rakan-rakan, kita berhijrah ke Arab Saudi! Arab Saudi pengeluar juga untuk minyak ni. Tapi mereka bayar RM0.40 je. Baca suratkhabar pun rasa macam tak perlu dah nak baca suratkhabar. Mana ada suratkhabar yang akan menghentam isu kenaikan harga minyak ni.. Pak Lah tutup syarikat suratkhabar tu nanti. Semua nak menyokong kerajaan. Semua nak menyokong je laa apa-apa yang kerajaan buat. Semua dasar hipokrit. Tak perlu la nak menyokong kerajaan dengan mengatakan ada bagusnya juga harga minyak naik. Boleh kurangkan penggunaan kenderaan di jalanraya. Apa tuh? Rakyat dah beli kereta / motosikal, takkan tak nak guna kot. Boleh kurangkan pencemaran udara. Guna lah perkhidmatan kenderaan awam. Dah kenderaan awam pun macam kucar kacir..takkan lah nak mengharapkan 100% pada komuter / LRT / bas..padahal komuter / LRT / bas pun asyik lambat je.

Pada waktu-waktu begini, aku cukup suka mengimbau kembali kenangan-kenangan sewaktu aku masih kecil..sewaktu Malaysia masih tidak huru hara seperti sekarang. Sewaktu Malaysia masih dirasai seperti tanahair aku sendiri.

Aku tak tahu lah apa akan jadi dalam masa beberapa bulan akan datang ini. Kita tunggu dan lihat sahaja lah. Tapi, aku yakin, ramai rakyat Malaysia yang sedang mengeluh sambil menggeleng-geleng kepala kekecewaan dengan Perdana Menteri kita sekarang ini.
Wallahualam.

Monday, June 2, 2008

Fatin Izaty.


Fatin Izaty Mohd Hashim. Berasal dari Batu Pahat, Johor. Lebih dikenali sebagai Fatin. Ada sesetengah memanggilnya Datin..sejak Semester 1 lagi. Sebab masa tu gaya dia tu memang ala-ala datin. Bajunya, tudungnya, kasutnya semua lip lap lip lap..labuci labuci gitu..

Seorang yang ceria gile-gile. Suka ketawa. Kalau dia dalam rumah, aku boleh dengar dia ketawa dari bawah blok lagi. Betapa meriahnya. Aku selalu panggil tawa dia tu sebagai 'Gelak Keldai' sebab serious macam bunyi keldai.

Semester 1: Fatin. Sarah. Mahirah

Oh Fatin ni katik sahaja orangnya. Rendah je..dengan pipinya yang tembam, dagunya dah eh..double chin!hehe [mati aku kalau fatin baca neh.] Tapi perlu diakui dia ni seorang yang cute..bukan cantik tapi cute..hehe..

Semester 4: Booklet Presentation

Aku start kenal dia masa zaman MMS lagi. Dia yang tegur aku dulu. Aku kira dia ni memang seorang yang peramah dan happy go lucky. Kebetulan sama course pulak lagi la aku rajin melayan dia ni. Tak susah nak kenal Fatin waktu tu. Dia dikenali dan famous dengan cermin mata bingkai merah menyala dia tu. Masa MMS aku selalu lupa nama dia jadi aku selalu ingat dia sebagai 'budak spec merah'.

Then masa dah pindah masuk Puncak Perdana, aku tanya Ena siapa lagi ahli-ahli rumah ni sebab after aku letak barang di Puncak, aku terus pergi induk semula teman Izni & Aby uruskan hal PTPTN dia jadi aku tak berkesempatan nak berkenalan dengan budak-budak rumah lain. Ena tak ingat nama juga tp dia describe 'alah pompuan yang pakai spec bingkai merah tu'. Aku terus teringat kat Fatin. Aku excited betul bila dapat tahu kami ni bakal serumah. Sebab waktu MMS pun aku dah mula senang dengan perangai dan tingkah laku dia tu.

Semester 2: Funky Retro Kesatria Dinner

Seorang yang overly sensitive..and emo nak mampos! Kami semua yang dah serumah dengan dia ni memang dah lali dengan mood swings dia yang tak menentu. Tapi selalunya dia akan moody and asyik mengamuk bila dia tengah gaduh dengan johari..tu je. Once diorang gaduh, memang meletup lah rumah ktorg ni..dengar sesi mencarut, kutukan, kekadang nangis, kecoh dah break lah, hempas-hempas barang. Paling aku takleh lupa, dia hempas handphone sampai pecah! Terkebil-kebil kami yang melihatnya..pastu terus berkurung dalam bilik. Dahsyat sungguh. Tapi selalunya pergaduhan mereka ni sekejap je. Beberapa hari lepas tu, dah ok. Sebab tu aku kata, kami semua dah lali. Dah tak heran.hehe

Si Fatin Izaty ni seorang yang sangat sangat kuat belajar. Dia ni jenis yang cepat masuk otak. Jenis yang suka buat nota sendiri and ramai orang suka pinjam nota dia sebab tulisannya cantik..bulat bulat..double spacing gitu..serious!

Aksi Gerss dari Fatin.

Fatin ni gilakan Farid Kamil dan Faizal Tahir. Waduhh dia boleh menjerit kesukaan kalau terserempak dengan Farid Kamil kat Puncak tuh. Dia siap ingat nombor plat kereta Farid Kamil lagi..scary huh? Fatin selalu gelarkan diri sendiri sebagai "Fatin Tahir"..kekadang kalau dia rasa nak menari dia gelar diri dia sebagai "Fatin Spears". Macam-macam lah gelagat budak tu. Nak melayan kerenah Fatin ni memang pening!!

Tapi apa-apa pun, aku tak pernah rasa muak dan menyampah dengan gelagat Fatin ni. Sebab aku sentiasa bergelak ketawa bila dengan dia. Dia tahu macam mana nak buat aku ketawa. Dengan dia suka tiru suara shin chan, spongebob, patrick, nobita etc memang selalu buat aku ketawa guling-guling. Fatin seorang yang sangat mengutamakan kebersihan. Dia tak suka sepah-sepah. Jadi, elok la tuh dia bakal serumah dengan Alin yang memang rajin mengemas rumah. Aku memang akan merindui kehadiran Fatin sebab kami akan tinggal berasingan nanti. Tapi, aku percaya sangat yang kami akan sentiasa keep in touch dan selalu lepak-lepak bersama.

Bersama Fatin Datin si muncung

Love you, Teng!


**Posting seterusnya dan yang terakhir ini adalah mengenai: Siti Hazlin Hussin


Nantikan.