Sunday, August 31, 2008

Kerinduan + Puasa


This is Yaya!! She is 2 months old. Haha sangat perempuan, kan?
Miss her so much! Wanna meet her. But what can i do..we're miles away..
Soooo looking forward for this Raya.

Which reminds me:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
kepada semua Muslimin dan Muslimat.

No ponteng-ponteng puasa tau to those yang tiada alasan untuk tidak berpuasa.
Deng. You know what i mean lar.

:)

Oh! Jejaka...

Bukan tak rindu nak post sesuatu di sini.
Bukan jua tak mahu.
Tapi, sekarang ni, aku rasa kebebasan aku terbatas.
My freedom to blog. About anything. Or whatsoever.

Sebab blog ini digunakan untuk aku post assignment Online Journalism.
Nuff said.

Menyesal jugak sebab aku tak create blog baru untuk subjek tu.
Tapi, kemalasan melanda!! Nak handle two blogs. I'm too lazy.

Nevermind, whats done is done.
If i dont update much, my apologies. I just dont have the drive / tendency / passion anymore.
:D But i'll definitely try my very best.
I'll try to give my fullest commitment towards this blog.

Akan ku cuba.

Neway, Merdeka celebration was ok.
Kami buat benda-benda yang gila, yang we never expect we will do..
Although, it came up to be a disastrous idea..then we settle down to watch a movie.
Invite a few friends to join us..and watched 'Penelope'.


Girls, please-please-please go watch Penelope. It is the sweetest movie ever. A little fantasy like and maybe not gonna happen in real life, but what the heck, we need some fantasy to watch once in a while.

Guys, um, maybe its not your type of movie. I watched with a few guys, and one of them, fell asleep! Heh.

Moving on, i'm going to PD tomorrow. Got some stuff to do, and me being a very dedicated treasurer, i have to follow them.hehehe
I should sleep. I really really should. But thank you to the Ipoh white coffee, i'm wide awake.

Lastly, Sarah punya kata-kata akhir:
Walaupun jejaka di sebalik gitar hitam tiada, tapi jejaka di sebalik gitar putih hadir mengubati kekecewaan. Dengan itu, terima kasih.

Friday, August 29, 2008

Benarkah Bloggers Kurang Ajar?

Sejak kebelakangan ini, fenomena menulis blog makin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita, tidak kira apa jenis golongan sekalipun. Membuat blog ini sudah menjadi seakan trend dan setiap hari, bilangan penulis blog makin bertambah. Dari para pelajar ke golongan menteri, mereka semua sudah mempunyai blog sendiri sebagai tempat untuk menyuarakan pendapat dan segala ketidakpuasan hati mengenai sesuatu isu.

Ada yang menjadikan blog mereka sebagai sebuah platform untuk mereka meluahkan segala rasa dan amarah hingga boleh menyentuh tentang isu-isu yang sensitif tanpa memikirkan perasaan orang yang sedang membacanya. Subjek itu akan tercetusnya kontroversi dan boleh menimbulkan pelbagai sengketa. Terciptalah bermacam-macam gelaran pada para bloggers ini yang pada mata masyarakat merasakan mereka ini sungguh berani dan tidak takut akan akibat yang bakal dihadapi.

Blog atau dalam kata lainnya adalah web log merupakan sebuah laman web untuk individu bebas menceritakan mengenai apa sahaja, dari perihal diri sendiri, atau mengenai teman-teman, tentang keluarga, tentang pelajaran, tentang isu-isu semasa dan lain-lain. Penulis blog ini juga dikenali sebagai bloggers, merekalah penulis dan merekalah penyunting catatan. Mereka bertanggungjawab untuk setiap proses supaya artikel mereka dapat dibaca oleh para pembaca alam maya. Tanpa gatekeepers atau penyunting merupakan penyebab utama mereka menulis mengenai pelbagai isu-isu sensitif yang menyentuh sensitiviti pelbagai lapisan masyarakat. Menerusi blog, mereka bebas bersuara mengenai apa sahaja.

Persoalannya sekarang, benarkah para bloggers kurang ajar? Kurang ajar kerana menimbulkan kontroversi sekaligus membuat fitnah? Padahal mereka hanya menyuarakan pendapat mereka yang pada akal mereka dirasakan ianya adalah tepat. Salahkah?

Salah seorang blogger yang cukup dikenali kerana kontroversi yang telah diciptanya sendiri adalah Raja Petra bin Raja Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Raja Petra atau singkatannya, RPK. Beliau merupakan seorang penyunting di laman web Malaysia Today dan telah menulis pelbagai artikel mengenai perihal politik di Malaysia. Antara kontroversi yang dicetuskan oleh Raja Petra adalah mengenai kes Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib yang telah membuat laporan polis berkenaan satu artikel yang telah diterbitkan di Malaysia Today pada 11 Julai 2007 yang dikatakan telah menghina Yang di-Pertuan Agong dan tulisan berbaur hasutan, kebencian dan keganasan di kalangan kumpulan etnik tempatan. Selain itu, Raja Petra turut diperintah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar supaya membayar ganti rugi sebanyak RM 4 juta setelah gagal menghadirkan diri dalam kes saman fitnah oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi pada tarikh 26 Mac 2008. Yang terbaru, Raja Petra telah menulis artikel mengenai kes pembunuhan Altantuya dan artikel tersebut telah menyentuh mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Akibat daripada itu, rumah beliau di Sungai Buloh, Selangor telah dikunjungi oleh pihak polis dari Bukit Aman. Sebuah komputer telah diambil untuk siasatan lanjut. Siasatan dibuat kerana dikatakan telah mencampuri perbicaraan kes Altantuya yang masih berlangsung di mahkamah.

Isu terbaru yang telah menimbulkan kontroversi baru-baru ini adalah mengenai cadangan seorang penulis blog yang berasal dari Kelantan, Kickdefella, supaya rakyat mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik sempena sambutan Hari Kemerdekaan, melalui catatannya di blognya pada 4 Ogos 2008. Kata penulis blog itu, pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik adalah satu perkara yang telah dilakukan oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu simbol kecemasan, dan beliau meminta rakyat melakukan sedemikian juga bagi menyatakan bahawa Malaysia sekarang sedang berada dalam keadaan yang tertekan. Cadangannya itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuk pihak pembangkang.

Mengapakah ini semua berlaku? Tidakkah mereka ada rasa takut walau sekelumit pun seandainya apa yang mereka tulis itu akan mendapat perhatian orang-orang yang mempunyai kuasa untuk mengheret mereka ke mahkamah? Sebagai contoh, Raja Petra telah berulang kali keluar masuk penjara, naik turun mahkamah, tapi beliau masih bergiat aktif menulis perihal isu-isu yang sensitif tanpa rasa takut dan ragu. Tidakkah mereka sedar bahawa memfitnah itu hukumnya lebih berat dari membunuh? Tidakkah mereka fikir akibatnya pada keluarga sekiranya penulis blog itu diambil tindakan?

Tidak. Kebanyakan mereka tidak mahu berfikir tentang akibatnya. Mereka malas mahu fikirkan perkara-perkara yang bagi mereka remeh yang mungkin membebankan otak. Mereka lebih gemar terus-terusan menulis, mengkritik dan menghentam tentang apa sahaja isu yang mereka kurang berpuas hati. Ini menunjukkan betapa ceteknya pemikiran mereka dan betapa tidak bertamadun mereka ini. Malaysia sudah 51 tahun mencapai kemerdekaan tapi, sudah merdekakah kita semua dari segi pemikiran terutamanya? Bangkitlah wahai rakyat, dan menjadi matanglah anda. Hayatilah maksud sebenar kemerdekaan ini, ingatilah pengorbanan pahlawan-pahlawan hebat yang telah mengerah setiap kudrat demi mempertahankan Tanah Melayu. Hentikanlah menghentam, hentikanlah mengkritik dengan pedas, hentikanlah sifat membenci dan hasad dengki itu.

Bak kata pepatah Melayu, “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.” Kerana seorang blogger yang dikatakan kurang ajar, seluruh bloggers di Malaysia dicop sebagai kurang ajar juga. Walaupun pada hakikatnya, bukanlah semua begitu. Ada yang mengkritik, tapi masih mengerti batasannya, masih terserlah kesopanannya. Hayati dengan hati yang ikhlas Rukun Negara yang kelima, “Kesopanan dan Kesusilaan.” Seharusnya, ini menjadi garis panduan pada setiap manusia setiapkali mereka mula menulis.

Kita orang Malaysia. Kita orang Asia. Kita orang Melayu. Kita ada adabnya.

Saturday, August 16, 2008

my break.

this is my 102nd post.hee wah can u believe it? 102. finally, it reached over 100. =)
i create this blog when i was in sem 5. sem 5 would be during almost end of 2007. hurm almost a year.
hm. i'm proud of this blog. although i dont write important stuff or current political stuff, but i write something that matters to me. something that i care. something that is important to me. i dont care if people say what i wrote is crap or rubbish. seriously, i dont care what people say anymore. but i do believe what i wrote is not crap or rubbish because i wrote about my life in here..and its not crap or rubbish. so nonsupporting people can just get lost.

well, currently saya sedang bercuti..my heavenly midterm break. its my time to rest my body and my brain. thank goodness, cuti ni takde kerja sangat. just a few. nothing hectic. i'm not gonna start doing my work now. maybe i'll start on monday. MAYBE.
i also need to study. ada test copy editing the first day when class started. and ada test german the following week. haih. frau siti cakap mungkin test tu dekat dewan sri budiman (dsb), combine dengan semua budak-budak course lain yang amik german gak. hurm. never done that before. i'm anxious!

one thing that i hate about midterm break is, its the same with school break. the mall will be packed with kids! and my budak-budak pun maybe tak datang rumah. kadang-kadang je. b-o-r-i-n-g..no budak-budak to entertain and to gerram with their cuteness and with their acts.

kak zizi & family balik ipoh today. and i'm not sure until when. just for the weekend kot. please-please buy for me buah mata kucing. sangat mengidam.



Tuesday, August 12, 2008

Ku sanjung tinggi kamu, Datuk Seri Khaled!

TERKINI. Dipetik dari Utusan Malaysia Online (12 Ogos 2008) yang telah membuatkan hati ini berbunga-bunga:

"PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

Menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.

“Dia (Abdul Khalid) bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing.

“Saya juga tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera, ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

“Kalau dia (Abdul Khalid) kata hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah (untuk menggalakkan perpaduan). Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Menurutnya, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Khaled menegaskan, cadangan Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera.

Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu.

“Jadi, saya memberi jaminan kepada semua pejuang yang telah mewujudkan UiTM bahawa selagi saya menjadi Menteri, kedudukan UiTM akan kekal,” katanya.

Khaled berkata, cadangan membuka kuota pengambilan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak munasabah untuk dilakukan jika kedudukan UiTM hari ini diambil kira.

“Kalau kita lihat statistik enam bulan selepas tamat pengajian untuk tiga tahun kebelakangan ini, seramai 81 peratus siswazah UiTM dapat pekerjaan. Ini adalah lebih baik daripada sesetengah universiti.

“Begitu juga purata siswazah yang belum dapat kerja selepas tiga bulan tamat belajar. Biasanya pada kadar 24.9 peratus tetapi hanya UiTM 19.1 peratus dan bilangan itu adalah antara yang terbaik sekali dalam institusi pengajian tinggi awam dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, kementerian mempunyai pelan jangka panjang di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan institusi itu terus meningkat kecemerlangannya.
Menurut Khaled, UiTM adalah satu pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir berbanding kaum lain.


Hari ini, katanya, orang Melayu dan bumiputera masih belum berada pada kedudukan yang mampu menyaingi kaum lain.

“Tindakan membuka UiTM akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya."

* Thank you Menteri Pengajian Tinggiku. Sorry, terpaksa just copy sahaja. Sedang menanti kelas Feature Writing bermula.
** Oh, ini merupakan postku yang ke 101. wheee..cheers!

Kekecohan. UiTM masih tetap di hatiku.

Pagi tadi, pada jam 7am, patutnya semua warga UiTM [yang betul-betul sayangkan UiTM] kena ke Padang Kawad untuk membantah cadangan MB yang mahu membuka 10% kuota pada orang bukan bumiputera. Bantahan secara aman lah, kata MPPku. Mahu memberi memorandum katanya. Intan ada mencatat sesuatu pada memorandum tersebut. Kecoh! Huru hara UiTM seketika dengan berita ini.

Aku, seperti kebanyakan pelajar yang lain, membantah 100% cadangan untuk membawa masuk pelajar non-bumiputera ini. Haruslah wei. Bak kata 'bapakku', Dr Ibrahim Abu Shah, UiTM merupakan benteng terakhir untuk orang Melayu.

Petikan dari Berita Harian (11 Ogos 2008):
" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula mencadangkan supaya 10 peratus kuota kemasukan ke UiTM diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa.
Abdul Khalid memberi alasan, UiTM perlu bersedia menghadapi perubahan dalam dunia pendidikan di samping sebagai persediaan awal kepada pelajar bergaul lebih mesra dengan pelajar bukan Bumiputera."


Tolonglah, janganlah nak memberi bermacam-macam alasan yang tak boleh diterima dek akal. Jangan lah beri alasan kononnya kami ni bodoh sangat. Yes, UiTM ini hanya untuk bumiputera sahaja tapi tidaklah bermakna kami ni tidak bergaul dengan orang-orang kaum lain. Macam lah aku ni terperap 24 jam dalam UiTM je. Please lah. Apa sebenarnya tujuan sebenar penubuhan UiTM ni?

Walaupun aku membantah cadangan MB Selangor ni sekeras-kerasnya, tapi jangan lah pula ingat yang aku ni racist. Oh tidak. Aku dikelilingi oleh orang-orang non-bumiputera.

Aku tinggal di Subang Jaya.
Sekolah aku sekolah campur lelaki perempuan, campur India, Melayu dan Cina.
Aku ada ramaiiiii kawan kaum lain yang aku masih contact hingga sekarang, yang aku masih tegur kalau berselisih di mana-mana, yang aku tetap excited bila terjumpa kawan-kawan lama Cina & India aku di Facebook.
Jiran belah kanan rumah aku orang India, belah kiri pun India, belakang rumah aku Cina, belah kanan belakang rumah aku pun Cina, belah kiri belakang aku India.
Mak aku selalu beli gas dari Tan. Dah berpuluh-puluh tahun lamanya.
Aku belajar drive dari Acai. Dari mak aku sampai ke kakak-kakak aku, ke abang aku, ke aku sendiri, kami gunakan khidmat Acai.
Mak aku selalu beli sayur, ikan, bawang, cili, buah-buahan dari apek yang bawak van yang selalu keliling kawasan rumah aku.
Masa kecik, aku tak masuk tadika, sebab aku tuition dengan Auntie Nasib, yang aku panggil Teacher.
Masa Deepavali, aku selalu pergi beraya rumah Teacher.
Masa sekolah dulu, aku selalu pergi tuition rumah jiran aku, Auntie Sarla. Aku sekelas dengan anak dia, Anand.

See? Takde hal pun aku nak bergaul dengan orang kaum lain.
Bukannya apa..cuma, aku orang Melayu, jadi perlu lah mempertahankan hak orang Melayu kan.
MB Selangor, stop giving excuses ok. Especially the stupid ones.

Aku berharap sangat ramai orang-orang besar akan bangkit dan bersatu untuk membantah cadangan ini. Especially 'bapakku' itu. Defend UiTM ok, bapak.

Tiredness + Hari Berjimba

wanna know what i am feeling this precise moment??
unsatisfied.

because i keep on questioning myself if i'm doing the right thing. is this right?
if it is, then why am i feeling like i'm not really enjoying myself? like all of this is such a burden?

its very very tiring! and i am not lying. honestly speaking, degree has drained every inch of energy that is left inside me. its been only a month, and i'm already tired. not because of the work, mostly. but because of the really really packed timetable. it is sooo packed!!! i'm mentally and physically tired everyday.

i always treasure every moment of peace and my rest.

i hate tuesdays.
we've been complaining to mrs raj about our tuesday timetable and she said,
"biasa lah tu. macam office hour la 830am - 5pm."

but this is much much more longer than office hour. i'm talking about 830am - 10pm over here!! this is overtime. my body and my brain cant handle this. the tiredness. the ilmu. anything!!

i seriously cant handle any more tuesdays. its driving me against the wall.

and because of these tiredness, i slept extremely early. at 12 i'm already sleepy. 12????!! 12 is not my bedtime! i dont sleep at 12! ugh!!!

degree. u have successfully changed my life.everything.

* housemates darlings, kite kena ada hari berjimba lah setiap minggu. to color and to cheer up my week.hehe thank God for midterm break. =)

Saturday, August 9, 2008

heaven.

midterm break is cominggg!!! sangat excited ok!
walaupun cuma seminggu, but what the heck. a week to rest. sangat heaven.

anyone who is free and interested, pergi lah beramai-ramai ke layar tanchap esok (0908). saksikan persembahan hebat dr Sound of Acoustics (SoA) dan ramai lagi.
for more info, sila ke blog Mo.
* sorry k beb sbb takleh datang.