Monday, January 31, 2011

Rambling.

Sarah memang kaki procrastinate yang terpaling hebat!

Haritu pernah berazam la bila dapat cuti panjang (3 hari je pun), nak rajinkan diri update blog yang dah bersawang ni.
Tapi nahhh!! Harini dah last day cuti, esok dah kerja baru terhegeh-hegeh nak post something.

Sebenarnya, semalam baru terkocoh-kocoh pergi bayar bil broadband yang dah 2 bulan tertunggak. Al maklum la, baru dapat gaji la katakan :) Woohoo!

Syukur Alhamdulillah. Puas hati rasa bila dapat bagi 1st gaji kat Mama and Bah :)
InsyaAllah, gonna do that every month. Ambil berkat.

Anyways, yang sebenarnya tengah takde idea nak blog pasal apa. Tengah rasa tak kreatif sekarang.
Esok kena rajin menyinggah diri kat TV3 lah. Nama pun 'Sumber Inspirasi' kan? :P

Anyways, idea tengah kering kontang, tak tau nak cerita pasal apa.
But whatever it is, so far, I'm happy with my life.
Also, I'm happy with my job. Menyibukkan diri dengan kerja cukup menggembirakan hati ini :)
Syukur syukur, I've never felt happier.

Turning point in my life maybe? To forget whatever in the past and embrace the future.
The last few months were tough and I'm glad it's over :)

Syukur Alhamdulillah. Thank you Allah SWT.

Wednesday, January 5, 2011

Layang-layang

Hari Sabtu yang lalu, yakni pada tahun baru, kami membuat planning yang teramatlah random, iaitu pergi main layang-layang!

Myself, Farah, Afidah dan Asrul (Intan takde, *sedih*) pergi ke Selayang untuk aktiviti riadah kami.
Secara jujurnya, saya tak pernah main layang-layang. Serius, seumur hidup tak pernah. Jadi bila orang ajak ni, saya excited lah :D

Yang kelakarnya, the whole time masa kami dalam perjalanan dari Subang, Farah dan Afidah duk berharaaapppp sangat tak hujan kat Selayang. Sebab kat Subang dah hujan lebat. Dan sepanjang dalam kereta saya duk berkomunikasi dengan rakan-rakan di KL, tanya info cuaca :D

Syukur Alhamdulillah, sampai sahaja di Taman Layang-Layang, matahari masih ada. Teruja tak terkata semua orang! Kecuali Asrul, dia maintain cool je.

Masa tengah berjalan nak beli layang-layang, hujan dah mula turun, tapi renyai la.
Dari penuh gila tempat tu, ramai orang dah berpusu-pusu balik dan kami, baru sampai. Loser sekejap rasa.

Tapi sebab renyai je, kami bantaikan saje! Dengan semangat berkobar-kobar pergi teman Farah dan Asrul beli layang-layang.
(Saya & Afidah tak beli sebab ingatkan kalau nak terbangkan layang-layang kena ada 2 orang baru menjadi. Jadi ingat nak tolong diorang terbangkan, pastu switch turn la)

Tapi rupanya, tak payah.
Sebab tempat tu memang dah berangin, tak payah lari pun layang-layang dah boleh terbang tinggi.
Huhu frustnya....tapi takpe.

Sebab, kedua-dua layang-layang tu berjaya terbang tinggi!
Farah punya berbentuk gajah warna biru dengan belalai yang panjang, dan diberi nama 'Lala'.
Asrul punya pula bentuk jet pejuang dengan ekor yang berpintal-pintal. No name.

Tapi lepas hampir sejam, masa saya tengah makan aiskrim, Farah tengah main layang-layang dan Afidah tengah sibuk ambil gambar, entah macam mana tali layang-layang Farah terlepas.
Farah cuba kejar, tapi tak sempat.

Farah dan Afidah pergi cari layang-layang tu sampai keluar dari taman tapi dah tak jumpa. Agak sedih la, sebab siap dah bagi nama. And layang-layang tu memang one of a kind.

So sebab layang-layang pun dah takde, kami pun membawa diri pergi ke tasik berdekatan. Dan perghhh cantik gila weiiii! Sebab masa tu matahari nak terbenam, cantik sangat :) Kami pun duduk la mengadap tasik yang indah sambil makan Mamee yang Farah beli. Epic!

Overall, walaupun layang-layang hilang, we had fun. Best sangat buat sesuatu yang out of the norms, selain lepak-lepak minum petang semua tu. Dan haruslah kami nak pergi lagi! This time, I want to fly my own kite :D :D

So now, I shall let you enjoy the pictures below. Cheers!

Ini la tasiknya :)

Main gamble je baring, pastu badan gatal-gatal.
Rumput tu tajaaammmm!



Me, Farah, Afidah.

Ice cream :)

Kanan: Lala; Kiri: Jet

Asrul terbangkan jet ekor pintalnya

Ni masa depa duk fokus membeli layang-layang

Hujan ni tau!

Ehh sedondon pulak dengan payung.

Wheeee! :D


Hey Spidey :)


Itu layang-layang tau, bukan ikan keli.


Mood Harimau Malaya tetap adaaaa!

Sunday, January 2, 2011

Convo pix!


From my Mom :)

Da rose!

Tada! Officially a Degree holder.

First row peeps!



With Amai. She's with me throughout my Uni days :)

My classmate, Fariza


Byeee! :D